Lumrah manusia memang tidak pernah berpuas hati. Begitu jugalah saya bila melihat cover e-zine Panduan Ibu Hamil yang dibuat oleh Suhaimy (jangan marah ye Suhaimy!).

Saya ustazah hihiii… jadi bila tengok cover ‘woman’ e-zine tu belum masuk Islam dan tak pakai tudung, saya jadi tak senang duduk :P .

Oleh yang demikian, malam ini bila anak5 dan orang gaji dah tidur, saya pun cuba buat cover saya sendiri menggunakan action script Photoshop yang saya beli daripada Nurul a.k.a. Luvleey.

Di bawah ni, ada dua cover yang saya buat dengan menggunakan design percuma yang Nurul beri. Tolong beri pandangan, cover yang mana lebih cantik dan menarik? Biru atau coklat?

(Sila klik untuk melihat gambar yang lebih jelas. Gambar ini saya buat dengan menggunakan Adobe Photoshop CS3 dengan menggunakan design percuma yang Nurul berikan dan disempurnakan rupa parasnya dengan action script Adobe Photoshop Nurul. Cantik sangat kan…..)

Bila bercakap tentang cover e-book atau e-zine, saya sentiasa teringat kata-kata jutawan internet iaitu Dr. Irfan Khairi yang berkali-kali memberitahu bahawa dia telah berjaya mendapat RM1 juta… diulangi, RM1 juta dengan mengambil upah membuat cover melalui website www.ideabubble.com. Lebih mengkagumkan, dia membuat kerja tersebut semasa sedang belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda di err… United Kingdom kot… dalam bidang designing.

Melihat kepada hasil kerja beliau saya sangat percaya bahawa beliau menggunakan action script Adobe Photoshop. Dahulu semasa arwah suami masih hidup, kami hampir membeli action script Adobe Photoshop pada harga USD99 (RM380?) daripada designer Barat. Hasrat ini tertangguh kerana tiada bajet walaupun tahu bahawa bisnes membuat e-cover secara sambilan sangat berbaloi.

Baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa Nurul telah melancarkan action script yang saya ‘gilai’. Nurul memulakan tawaran harga pada RM45 sahaja untuk 20 action script bersama berbagai-bagai bonus tambahan. Menitik air liur menengokkan tawaran tu, tapi saya tangguhkan pembelian hinggalah tamat tempoh tawaran harga pengenalan dan action script itu saya beli pada harga RM50.

Komen saya, Nurul, action script ni bessst sangat!

Sangat berbaloi membelinya… sangat murah…… lengkap dengan video tutorial hinggakan orang yang tidak pernah menggunakan Adobe Photoshop pun mampu menggunakannya.

Jangan risau jika komputer anda tiada software Adobe Photoshop CS2 atau CS3. Anda boleh download trial version dari link yang Nurul berikan.

Jika saudara-saudari ingin mendapat maklumat lanjut tentang action script untuk e-book, e-zine, e-box dan lain-lain (termasuk idea untuk buat bisnes e-cover), sila lawati LAMAN WEB NURUL sekarang. Dalam keadaan ekonomi yang semakin mendebarkan, alangkah eloknya jika anda mempunyai satu bisnes online yang boleh dilakukan secara sambilan, tidak diketahui majikan dan tidak dikenakan cukai oleh kerajaan hihiii…. Jika anda suri rumah sepenuh masa, mungkin ini peluang untuk anda cuba menambah rezeki buat keluarga.

Jadi, lawatilah LAMAN WEB NURUL untuk melihat promosi Nurul dan membuka minda anda tentang idea bisnes ini.

Eh, nanti dulu, undi dulu e-cover mana yang menarik? Biru atau coklat?

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Hasanah, lima anak, SetBersalin.com dan e-book percuma
  2. Wajah Baru SetBersalin.com
  3. Tukar! Tukar!