…mencari al-hasanah di dunia dan akhirat
Selepas bebeapa kali diajukan soalan tentang iddah wanita yang sedang mengandung, barulah saya sedar bahawa semasa membahaskan topik iddah, saya terlupa untuk mencatatkan tentang iddah wanita mengandung.
Tempohari (errr… lama dulu sebenarnya!) ada saya catatkan bahawa bagi perempuan yang kematian suami ketika sedang mengandung, maka iddahnya tamat apabila dia bersalin, tidak kira sama ada tempoh mengandungnya panjang ataupun pendek, atau sama ada kandungannya cukup bulan atau pun tidak.
Dalam hal ini sebenarnya ada perbincangan panjang antara fuqaha sama ada hendak dikira sehingga wanita ini bersalin ataupun melihat kepada tempoh yang paling panjang (ab’ad al-ajalayn) kerana ada pertindihan dua faktor pengiraan iddah, iaitu kematian dan kehamilan. Perbahasan lanjut hal ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh munakahat.
Namun, mengikut pandangan yang paling kuat, tempoh iddah wanita ini habis apabila dia bersalin (berasaskan ayat ke 4 Surah al-Talaq). Mmm… diulangi, … apabila dia bersalin. Jangan ada pula yang tanya, “Kena tunggu habis nifas ke baru habis iddah?”
Baiklah, kembali kepada topik iddah untuk wanita yang hamil.
Disebutkan dalam Surah al-Talaq ayat yang ke 4, maksudnya:
“Dan bagi wanita-wanita yang hamil, maka ‘ajal’ (tempoh iddah) mereka tamat apabila mereka bersalin.”
Berdasarkan ayat ini, difahami bahawa tempoh iddah bagi perempuan yang diceraikan ketika sedang hamil akan berakhir apabila dia bersalin. Hukum ini mudah difahami kerana antara sebab diwajibkan iddah ialah untuk memastikan rahim wanita tersebut bersih daripada percampuran benih lelaki. Jadi, apabila dia bersalin, maka anak hasil percampuran dengan benih suami telah keluar dan rahimnya telah bersih. Bersih dalam erti kata, tiada benih lelaki dan tiada janin di dalam rahim.
Banyak lagi dalil-dalil daripada hadis yang menyokong hukum ini, namun, memadailah jika saya jelaskan dengan ayat di atas sahaja kerana ia sudah terang, maka apa lagi nak disuluh-suluh. Simpan je torch light tu. Jimat tenaga, barulah lestari.
OK, cukup dulu. Saya ni dah tak larat tarik hidung (?). Enam orang dah rakyat dalam rumah ni termasuk bibik demam, selsema, batuk (hoh??? influenza? H1N1?? Na’uzu billah min zalik…). Sekarang giliran saya. Bayangkanlah, enam orang punya kuman, semuanya pass kat saya, adus…. Ada sesiapa nak? Saya nak bagi ni
SIRI ARTIKEL TENTANG IDDAH
* IDDAH
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI)
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 4 (DICERAIKAN KETIKA HAMIL)
Related posts:
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita.
ummumukhlis
August 8th, 2009 at 6:40 pm
salam dr,bagaimanakah kedudukan iddah bagi wanita yang dicerai takliq talak satu ketika hamil.apakah boleh rujuk dan berapa lama tempoh rujuk.kenapa islam melarang wanita iddah diusir dari rumah suami.masihkah sebumbung sepanjang iddah?bukan dianggap zina?
[Reply]
sazali
August 25th, 2010 at 1:34 pm
salam dr, bagaimana pula tempoh edah bagi wanita yang dceraikn semasa awal mengandung dan keguguran pula semasa usia kehamilan mencapai minggu ke12? adakah edah tamat setelah keguguran atau menunggu 3 kali suci juga?
[Reply]