Hajar 1 tahun

Subuh 31 Januari 2009 terasa begitu sayu. Terkenang dahulu betapa hari ini menjadi sejarah yang tak mungkin dapat dilupakan. 12 purnama yang lalu, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian Ilahi benar-benar teruji… melahirkan puteri bongsu selepas 42 hari kematian suami di hospital yang sama di mana suami dipanggil yang Maha Esa.

Saya tak mampu menulis panjang kerana kisah itu telah pun dicatatkan di www.drhasanah.com/2008/permata-baru.

Hari ini sebagaimana yang telah dijanjikan…. janji hendak membawa anak-anak ke Carnivall Water Theme Park Sungai Petani jika Hanan dan Husna belajar berenang sampai pandai… dan janji hendak sambut hari jadi Hajar di tempat yang istimewa telah ditunaikan. Errr, istimewa lah sebab mencekik darah betul tempat tu!

Seronok tak terkata semuanya. Hanan, Husna, Ziyad dan Huda lah yang paling seronok sekali. Main air sepuasnya, mengalahkan birthday girl. Hajar mandi sekejap sahaja, kemudian terlena, letih. Mak Teh (makcik arwah suami) dan keluarga pun ikut sama. Walaupun kena panggil makcik, tapi anak-anak kami ramai yang sebaya. Sakan juga kami main water coaster & wild river, hihiii…. Alang-alang bayar mahal-mahal…

Pukul 4 petang baru balik. Itu pun kalau bukan sebab Ziyad terjatuh hingga berdarah bibir, agaknya, pukul 7 malam barulah diorang nak keluar dari air agaknya.

Untuk Hajar, didedikasi daripada emak, kakak dan abang:

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Hajar Rosdi
Allah selamatkan kamu!

Semoga Hajar sentiasa diberkati Allah dan dilimpahi rahmat iman, Islam dan ihsan. Semoga jadi insan yang baik, cerdik, berakhlak mulia dan berjaya seperti ayah…

Amiiin….

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Selamat Hari Jadi Ayah!
  2. Selamat Hari Ibu
  3. Azimat Hajar
  4. Hajar – mengenang 2 tahun kehadirannya
  5. Ingat iklan SSPN?