Sambutan Hari Valentine

Posted on: Wednesday, Feb 11, 2009


Hari Valentine semakin menghamipiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hatiā€¦.

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!

Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!!

Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

============================================
Artikel ini ditulis oleh al-marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh saya. Artikel ini pernah diterbitkan dalam satu penerbitan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (saya terlupa nama penerbitan tu)
============================================

Minggu ini saya dijemput untuk memberikan ceramah tentang Valentine. Jadi saya selongkar MyDocument arwah suami dan terjumpa artikel yang beliau pernah tulis ini. Semoga ia dapat menjadi peringatan buat kita semua. Semoga Ustaz Rosdi Yusof sentiasa dirahmati Allah s.w.t. di alam sana. Doa daripada isteri dan anak-anak sentiasa bersamamu.
Al-fatihah…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network



Avatar

Ummu2I

February 11th, 2009 at 4:12 pm
Permalink this comment

1

Seingat saya, budaya menyambut Valentine ini mula disemarakkan di negara ini oleh media massa terutama tv swasta, disusuli kemudiannya oleh pihak hotel yang berbondong-bondong menyediakan pakej menarik sempena hari tersebut. Tanpa disedari, sebahagian masyarakat Islam mula terikut-ikut kerana merasakan ia sama dengan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kanak-kanak dan hari-hari lain yang sewaktu dengannya.

Alhamdulillah, usaha-usaha mengingatkan kita semula apa sebenarnya di sebalik Valentine’s Day mula menampakkan kesannya termasuk oleh Dr Hasanah kita. Terima kasih Ukhti….

[Reply]

Avatar

Radieah Mohd Nor

February 13th, 2009 at 8:06 am
Permalink this comment

2

Assalamulaikum…

Tahniah untuk ceramah yang disampaikan semalam. Dengar cerita mereka nak jemput Ust Hasrizal pula ke USM. Biasanya ceramah macam ni akan penuh satu dewan. Macam Dr kata semalam…perkara yang melibatkan hati semua orang suka walaupun ia melibatkan isu agama

Siiru a’la barakatiilah..
Wassalam

[Reply]

Avatar

Hasanah

February 13th, 2009 at 8:27 am
Permalink this comment

3

Tapai ni memang jenis suka out of topic betul la. Orang tengah hangat pasal valentine, dia boleh pulak tidor. Anyway, thanks for the cd and congrats for the mimpi.

Nasyid Resah memang best, tapi yang lain2 pun best juga. Naseebah, nasib baik tapai bukan ahli Instinct. So, bolehlah you feeling2 bile dengar cd Instinct tu.

Ummu21,

Perasaan cinta merupakan fitrah yang Allah berikan. Kerana itulah, umat Islam masih ramai yang begitu mudah menerima sambutan Valentine Day tanpa menyedari bahawa:

- Valentine day ialah perayaan agama Kristian sempena kejatuhan kerajaan Islam.

- Valentine day dipelopori oleh paderi Kristian.

Kita ni kalau disuruh ikut sama merayakan Taipusam, cucuk sana-sini, atau ikut merayakan perayaan Orang Asli… dll… kita tak sanggup ikut, kerana nampak sangat jurang perbezaan fahaman agama. Tapi, bila sebut pasal Valentine, kerana ada persamaan fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai, maka mudah pula kita terikut2 dengan dakyah Kristian.

Na’uzu billah min zalik.

Radieah,

Ooooohhhhh……… pandai dia ye, senyap2 masuk semalam…. Lain kali, kita bagi kat Ustazah Radieah pula bercakap lah!

[Reply]

Avatar

Radieah Mohd Nor

February 13th, 2009 at 10:32 pm
Permalink this comment

4

Mana boleh…tak layak saya nak ganti tempat Dr. Dah lama tak dengar celoteh dari Dr, so bila dapat tahu saya datanglah..

[Reply]

Avatar

Hasanah

February 14th, 2009 at 11:40 pm
Permalink this comment

5

celoteh? bebelan kot :p

[Reply]

Avatar

naseebah yaacob

February 14th, 2009 at 11:48 pm
Permalink this comment

6

xlarat……………………………….

[Reply]

Avatar

shuk

February 15th, 2009 at 11:54 am
Permalink this comment

7

Isu valentine ni dah lama dihighlight tapi nampaknya masih ada lagi umat islam buat selamba jer sambut.

Kadang2 mungkin depa ingat kalau sambut untuk ibu atau orang lain selain kekasih tak kisah.

Ni isu Kejatuhan kerajaan Perak….ops sory kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol….tersasul kak….bukan masalah kecik….

Tahniah dr atas usaha

[Reply]

Avatar

Radieah Mohd Nor

February 17th, 2009 at 12:44 pm
Permalink this comment

8

Tak kesah lah celoteh atau bebelan…yang penting semua tu sebab Dr sayangkan…

=)

[Reply]

Avatar

naseebah yaacob

February 18th, 2009 at 7:46 pm
Permalink this comment

9

Oh kakakku..taktau kenapa tiba2 tangan ini mula menulis sesuatu.. dengan sgt lancar..sedangkan saban hari waktu tidur tidak mencukupi.. ini hanya sedikit dari hasil tulisan terbaruku…
“Allah pasti punya cara untuk menata hati yang rapuh seperti hatimu wahai diri.. sabarlah menyapa desir angin yang berlalu.. Hening malam cuba membawa aku pergi.. namun hati ini belum mahu pergi.. masih lagi mahu melihat cahaya.. masih mahu bermenung.. ah.. bait bait lagu seroja terngiang ngiang di telinga.. Aku sudah malas melayan kerenah jiwaku sendiri.. sedangkan dia tidak bersalah..hanya menjalankan fitrahnya.. yang ingin bermuram durja.. sering aku katakan.. wahai hati.. hentikanlah tangisanmu.. terbanglah, terbang tinggi..biar hilang laramu.. banyak kehidupan lain yang memerlukanmu..jangan abdikan diri pada derita yang satu ini wahai hati..biarkan luka itu kering.. andai kau menangis wahai hati..airmatamu mengalir dan lukamu itu akan basah..sudah acapkali kuminta kau hentikan tangisan..tapi kau terus menganyam luka..ia tidak akan sembuh melainkan kau sendiri yang merawatnya..ingatlah pada Allah wahai hati..kerna hanya Allah yang mampu membantumu pergi jauh dari semua yang melukakanmu…..” the rest will be send just for u…keep it as a secret of happiness.. tp bukan skang..nanti2…semoga urusanmu dipermudahkan…kim salam sayang kat hanan,husna,ziyad,huda n si kecik hajar..

[Reply]

Avatar

Hasanah

February 19th, 2009 at 8:14 am
Permalink this comment

10

Sayangkan dot dot tu apa ye Radieah.
Shuk, terima kasih.
Naseebah…. are you ok? Isy, sedis…. Tapai, tolong pujuk Cbah ni, dia tengah sedih….

[Reply]

Avatar

mohd keelani

February 19th, 2009 at 4:57 pm
Permalink this comment

11

Assalamu alaikum
I am so happy to take this opportunity to thank you for your site and your efforts in Dawah
but i hope to listen to my advice and accept the following suggestions if possible
1-Add Arabic and English lang
2-Download Quran recutations
3-other services:selling,islamic products,nashid,marriage,donations for yatim ,miskin,palestine..
and other suggestions
best wishes for you

[Reply]

Dr Hasanah Reply:

Thank you Mohd. Keelani,
Wishing you the best in da’wah too.

[Reply]

Avatar

mohd keelani

February 19th, 2009 at 5:01 pm
Permalink this comment

12

my email keelani2002@yahoo.com
if u know arabic see
altafseer.com from jordan
in english u can see answering-christianity.com

[Reply]

Avatar

mohd keelani

February 19th, 2009 at 5:03 pm
Permalink this comment

13

For Quran see
quran.net
quranrecitors.com
my best recitors
minshawi
hosari
tablawi
nuana
izzat anani

[Reply]

Avatar

aman

February 2nd, 2010 at 8:12 pm
Permalink this comment

14

mohon kebenaran sebarkan artikel diatas dalam kempen FB saya ‘I DO NOT CELEBRATE VALENTINE DAY’. jazakallah.

[Reply]

Avatar

dewi

February 14th, 2011 at 7:15 am
Permalink this comment

15

mohon kebenaran paste link untuk notes FB dan blog..

[Reply]

Avatar

mohd keelani

August 5th, 2011 at 8:33 pm
Permalink this comment

16

[Comment deleted by admin]
[Mohd Keelani: Please write properly and respect others. This is the third time your comments had been deleted. Your IP and e-mail had been blocked from writing any more comment in this blog!]

[Reply]