Mana Hasanah ni?
Assalamualaikum,

Ramai yang tegur, kenapa senyap je? Makin jarang-jarang… kadang-kadang… kata Nujum Pak Belalang!

Sengaja saya diamkan diri seketika dan rebuild projek e-learning saya dan Ustaz Rosdi (how to spell? elearning or e-learning or e-Learning?). Hmm…, projek e-learning tu dulu saya kerjakan untuk membantu pengajaran suami di Malaysian Spanish Institute iaitu sejak tahun 2006. Sekarang MSI dikenali sebagai Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Fuh! Punyalah panjang nama. Kadang-kadang bila orang tanya, “Hah? Apa dia? Kolumpo? Suami kerja kat Kolumpo ke?”. Saya akan jawab, “Bukan, UniKL cawangan Kulim!”.

Hasrat nak membantu suami, arwah Ustaz Rosdi itulah akhirnya membuatkan saya mula menyelongkar dunia internet dan akhirnya menjumpai apa yang dikenali sebagai Moodle. Dengan menggunakan debit card Public Bank saya beli hosting dengan OlympicHosting (telah mengubah bisnes kepada bisnes server sahaja)… dan itulah portal e-learning kami yang pertama yang diberi nama “Lembah Pengajian Islam”, iaitu di alamat www.rosdi.net/education. Rosdi.net ialah domain name kedua yang kami beli selepas UrusPusaka.com.

Pengalaman dan ilmu tentang Moodle ini saya asah semasa menunggu panggilan untuk viva tesis Ph.D yang bertajuk: “Asnaf Lapan: Kesan Nilai Semasa dan Setempat dalam Menentukan Pentafsirannya di Malaysia”. Alhamdulillah, rupa-rupanya ruang masa yang begitu banyak selepas selesai menulis tesis Ph.D itu memberikan manfaat yang sangat hebat.

Selepas pemergian Ustaz Rosdi ke rahmatullah, lama saya tidak menjenguk portal e-learning tersebut. Malah, saya disable option yang membolehkan pengunjung menuntut ilmu di situ kerana terlalu banyak content yang tak mampu saya update.

Kini, saya mempunyai banyak masa yang terluang. Walaupun saya ibu tunggal bagi lima orang putera-puteri yang masih kecil, tetapi, apabila malam, selepas anak-anak tidur, andai sukar benar mata mahu terpejam, maka saya akan online. Inilah yang saya maksudkan dengan banyak masa terluang. Waktu siang hingga jam 10 malam selalunya saya ‘keterlaluan yang amat sibuk sangat’.

Dua minggu lepas, saya jenguk portal e-learning di rosdi.net/education. Terkejut saya melihat rupa-rupanya ada lebih 500 permohonan untuk memasuki portal itu. Ada yang telah diluluskan dan ada yang tergantung begitu sahaja kerana tindakan saya disable accessibility tempohari.

Terasa bersalah pula kerana setiap orang yang mendaftar di portal itu ialah orang yang mahu menuntut ilmu.

Portal e-Learning Dr Hasanah
Oleh yang demikian, saya bina semula portal elearning tersebut dengan menggunakan domain saya iaitu di www.drhasanah.com/elearning. Tujuan perpindahan domain adalah untuk memudahkan pengurusan dan penambahbaikan.

Saya mengalu-alukan para pengunjung sekelian untuk menjenguk portal tersebut. Terlalu banyak yang perlu ditambah dalam portal tu. Insya Allah saya akan saya lakukan sedikit demi sedikit apabila mempunyai kelapangan masa dan keizinan Allah s.w.t.

KEDUA

Menyedari semakin banyak persoalan tentang blog yang diajukan kepada saya, terutamanya selepas saya memberikan Bengkel Pembangunan Blog Pendidikan untuk Guru-Guru Seluruh Pulau Pinang pada Disember 2008 yang lepas, maka saya buat satu lagi blog khusus untuk membincangkan hal blogging dengan menggunakan WordPress iaitu di www.drhasanah.com/v6 dan diberi nama mAkMaL wOrdPreSs v6.

Hmmm… macam dah takde kerja betul saya ni ye!

Takpe, benda kalau dah minat, memang tak boleh ditahan-tahan…., kan …err… kan, Naseebah! hihiii…..

Blog tu bolehlah dijadikan platform untuk para pengunjung yang ingin bertanya dan berkongsi pendapat tentang membina blog WordPress.

KETIGA

ABWAB
Mungkin ramai yang telah menyedari kewujudan ABWAB | THE ISLAMIC LINKS DATABASE yang saya wujudkan untuk mengumpul senarai laman web Islamik. Tujuannya untuk memudahkan pencari maklumat tentang info Islam. Dalam database ini, saya telah sediakan sub-sub kategori yang sangat kecil seperti fiqh ibadat, akidah dan sebagainya.

Database ini memberikan peluang untuk anda memasukkan link website Islamik yang anda ketahui ataupun yang anda bangunkan sendiri. Buat masa ini saya menggunakan domain saya. Insya Allah, jika ada peluang satu masa nanti saya akan beli domain khusus untuk ABWAB. Excited sebenarnya ni!

Ok, apa yang saya nak kongsikan di sini bukanlah ABWAB tu baru saya bangunkan, cuma saya masukkan theme baru yang lebih ‘cun’ dan boleh tunjukkan screenshot laman web yang berkaitan. Jadi, diharapkan penampilan baru ini akan turut memberikan semangat baru untuk saya dan pengunjung sekelian.

Saya mengharapkan, jika anda sudi, harap bookmark atau add to favorite atau masukkan address berikut dalam blog atau website anda:

www.drhasanah.com/elearning
www.drhasanah.com/abwab

Saya tak kisah jika blog saya (www.drhasanah.com) tidak dicatatkan dalam sidebar anda, tapi, jika portal e-learning dan Abwab The Islamic Links Database dimasukkan dalam sidebar anda, insya Allah, ia akan memberikan manfaat kepada pengunjung lain dalam blog anda.

KEEMPAT

… berita…. alah, malas betul lah. Streamyx kat rumah kena potong sebab lupa bayar! Hahahaaa…. Dah 4 hari kena potong. Isy, esok kena pergi settlekan cepat! Tak seronok betul bila tak boleh online!

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Kursus CPD | Modul e-Learning
  2. Yes!!!!
  3. Tukar! Tukar!
  4. Anjakan Paradigma
  5. Kembali