Menanti di Barzakh

Posted on: Friday, Aug 14, 2009

….::::||||::::….
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

*** saya mencari cd nasyid ini, dialunkan oleh Far East kalau tak silap. Liriknya menginsafkan saya tentang kematian… Saya tahu saya belum bersedia menghadapinya…

Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini, ampunilah kedua ibu bapaku, ampunilah suamiku, ampunilah anak-anakku, ampunilah kaum keluargaku, ampunilah sahabat-sahabatku, ampunilah jiran tetanggaku, ampunilah setiap orang yang mengasihiku, ampunilah setiap orang yang kukasihi, ampunilah jua seluruh umat Islam… amiin…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

24 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

Jasni

August 14th, 2009 at 9:32 am
Permalink this comment

1

ingatkan yg ustaz asri rabbani alunkan, semua yang idup pastikan meninggal…now tak mesti tua, muda pun leh tumbang, insaf la kite semua…

[Reply]

Avatar

masyithah

August 14th, 2009 at 11:17 am
Permalink this comment

2

salam.. DR. sy ada lagu far east… kalu dgr lagu dia… merembang bulu roma… takot sgt… rasa insaf dlam diri…

[Reply]

Avatar

abd karim bin shariff

August 14th, 2009 at 12:45 pm
Permalink this comment

3

salam..dlm satu ayat yg bermaksud..dari aku kau dtg..kepada aku kau kembali..huraiannya..tiap2 manusia akan merasai mati..dan mati itu hak ALLAH..dia bolih ambil bila2 dia kehendaki..yang membezakan antara manusia adalah TAKW DAN AMAL SOLEH..ALLAHUAKBAR

[Reply]

Avatar

risan

August 14th, 2009 at 11:55 pm
Permalink this comment

4

maka beruntunglah orang2 yang selalu mengigati mati,moga kita diberi kebaikan di dunia dan akhirat,insyaallah,amin.

[Reply]

Avatar

mariam binti adnan

August 15th, 2009 at 10:35 am
Permalink this comment

5

Setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa

terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas didada lemah tak bermaya
terbuka hijab didepan mata…..

aduhai… itulah beberapa bait senikata lagu oleh Alllahyarham Ust.Asri Rabbani. Semoga sama-sama seluruh rakyat Malaysia hayati. Beliaulah pejuang dakwah dalam nasyid. InsayAllah.
Semoga rohnya bahagia di Alam Barzakh.

[Reply]

Avatar

Hasanah

August 26th, 2009 at 1:41 am
Permalink this comment

6

Andai kak Nor Jannah (balu almarhum ustaz Asri Rabbani) singgah di blog ini suatu hari nanti, saya harap dia tahu bahawa bahawa saya dan anak-anak mendoakan semoga ustaz Asri diampunkan segala dosa dan diangkat martabatnya di alam sana.

Kami juga mendoakan semoga kak Nor Jannah sabar dan tabah dengan ujian kematian ini. Melihat wajah kak Jannah memangku anak kecil di tv dan mampu bercerita dengan sangat tenang saat terakhir bersama beliau, saya percaya, kak Jannah seorang yang bersemangat kental.

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Kematian orang tersayang ialah satu dugaan yang sangat perit untuk ditempuhi, namun, itulah perancangan Allah yang pastinya punya hikmah yang besar.

Anak-anak saya asik mengulang sebut, muka ayah macam muka ustaz Asri…. (tapi kini kedua-duanya berada di alam sana)

Nasyid pergi tak kembali, begitu meruntun perasaan. Kita juga akan pergi tak kembali….

[Reply]

Avatar

Hasanah

August 26th, 2009 at 11:54 am
Permalink this comment

7

tapai menangis? isy, bunyi mcm penyu mnangis je, hihii… jangan marah, nanti kena jual :)
Dr. Jasni, harap2 kelab kebajikan ppik boleh buat banyak program mengingati mati, nak jemput syarikat insuran, uruspusaka ke, boleh gak.
Masyitah, beli kat mana cd far east tu? kat Penang? kat mana?

Abd. Karim, Risan & Mariam, terima kasih…
Saya peminat Rabbani. Dari zaman kaset yg talinya dah jadi mainan tarik tali anak-anak, sampai la zaman cd. Semoga dakwah melalui nasyid akan terus berkembang di Malaysia.

[Reply]

Avatar

Hasanah

October 9th, 2009 at 11:52 am
Permalink this comment

8

Far East akan buat show di Bait al-Amin… bestnya… nak pegi… Oh ye, baca:
http://bait-alamin.com/blog/2009/10/09/jemputan-rumah-terbuka-bait-al-amin/

[Reply]

Avatar

nurul rabihah

November 17th, 2010 at 8:34 pm
Permalink this comment

9

suami kt semua dipinjamkan oleh Allah utk seketika waktu…namun ,kt perlu redha atas ketentuan Illahi kerana semua yang dirancangkan adalah yang terbaik utk diri kita..semoga roh suami kt dicucuri rahmat, ditempatkan bersama golongan hamba-hambaNya yg beriman dan beramal solleh…Al-fatihah.

[Reply]