Minggu kacau bilau.

Tadi seharian dah meeting. Esok pagi-pagi sambung lagi meeting. Nak rebuild Program Minor Pengajian Islam di USM. Dok pikir ni. Apa lah sentuhan baru yang diberikan. But for sure, I’ll propose a new subject: Zakat dan Wakaf Kontemporari. Borang HEA dah siap dah pun. Harap-harap diterima dan esok-esok dapat sambutan dari pelajar. Letih la ajar munakahat. Best tu memang best, tapi student ramai sangat (sebab terlalu best la tu gamaknya) tak larat nak melayannya… hihii… jangan marah my beloved student. Sebenarnya, dah rindu nak tumpu kat zakat. But please don’t be sad, saya and the gang: Dr. Nizam & Dr. Jasni akan tetap ajar munakahat.

Pengalaman paling seronok mengajar HIS 224 Institusi Kekeluargaan Islam (munakahat) ialah masa ngajar mak-mak dan bapak-bapak orang dari school of education. Apa lah diorang tu, dah ada anak 3-4 orang pun nak belajar munakahat lagi. Kalau yang bapak-bapak tu memang paham sangat lah… (hihii…. apa lah sebabnya depa nak menajamkan ilmu bab kawin-kawin ni ye), tapi yang mak-mak tu, apo nak dibueknyo lai?

Eh, sebenarnya nak sebut pasal minggu kacau bilau ni. Esok, lepas mesyuarat BPI, ada 3 pula program yang menanti:
- Ingraw (seminar untuk ijazah tinggi) anjuran ISDEV di DPU, USM
- PPA12 di Park Royal, Batu Feringgi – 3 hari
- Bengkel Pengkorporatan Desasiswa di Bayview, Batu Feringgi – 3 hari

Hihi…. semuanya nak kena pegi. Fenin den niiii….. Sapa la nak urus kanak-kanak kat rumah tu. Uwwaaa….
Boleh tak anak-anak mak semua jaga diri sendiri ni??? Bibik, please…!

Dalam Ingraw saya akan mengulas penyelidikan zakat oleh pelajar Isdev. Ada 3 paper nak kena ulas.

Seminar PPA12, saya akan chair satu sidang pleno pada hari kedua serta bentang satu paper yang pelik sikit. Apa tak peliknya, saya akan bincang tentang aspek penterjemahan dalam ayat asnaf zakat dengan menumpukan pada kata sendi fi dan li sahaja. Tengok! Pasal kata sendi fi dan li dalam ayat asnaf zakat pun boleh jadi satu kertas kerja, hihii…
[Ayat asnaf zakat ialah ayat ke-60 surah al-tawbah]

Sebenarnya untuk seminar PPA12, saya merupakan AJK untuk website. Lihat www.usm.my/ppa12 yang dibangunkan oleh Siti Hawa, Meor dan saya.

Alamak, power point untuk presentation tak buat lagi.

Pasal pengkorporatan desa pulak, hmm… tak tau la… nak kena brainstorm pulak. Apex punya pasal, desasiswa pun kita akan tukar jadi macam… er… tak tau la depa nak tukaq jadi camana. Kalau nak jadi macam hotel pun ok gak. Ada housekeeping gitu :)

Eh, la lupa… Jumaat meeting buletin RICH PPIK, alaaaa…. concept design untuk buletin tak siap lagi… uwwwaaa….

Dah… dah… tulis malam ni sebenarnya nak release tension bila koje banyak sangat. Oklah, nak kena revise HEA untuk subjek munakahat. Nak bagi makin menggegarkan, hihii….
Doakanlah daku. Doakanlah kami semua…

Selamat malam…..

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

No related posts.