BEFORE: Duit raya Hanan, Husna, Ziyad, Huda & Hajar? Nak duit banyak camni? Beranak la ramai-ramai, hihiii...

AFTER: Duit raya dah takde, dah masukkan dalam SSPN :)

Iklan SSPN…Iklan ulangan dari tahun lepas. Tak gunakan artis popular, lawa atau seksi. Tapi, mesejnya jelas. Ye, sambut raya sederhana sahaja. Duit yang lebih tu simpanlah dalam tabung SSPN untuk pendidikan anak-anak.

Mmm… saya… takde pula ‘duit yang lebih’ tu… Cuma praktikkan simpan duit raya anak-anak dalam SSPN. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang dah beri duit raya untuk kanak-kanak lima orang tu. Alhamdulillah simpanan diorang dah cecah 4 angka. Kalau didarab 5, maksudnya dah ada lebih RM5 ribu. Tapi, tu lah… bukan senang jadi pemegang amanah harta anak yatim.

Dalam surah al-An’am, ayat 152 Allah s.w.t telah berfirman, maksudnya:
“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang sebaik-baiknya, sampai dia dewasa”. Ayat yang hampir sama diulang dalam surah al-Isra’, ayat 34.

Lebih menggerunkan lagi apabila Allah s.w.t. memberi amaran keras dalam surah al-Nisa’, ayat 10, maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan cara yang zalim (tidak sepatutnya), sesungguhnya mereka akan memakan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala.”

Ayat-ayat ini sekadar peringatan buat diri saya dan ibu tunggal serta pemegang amanah harta anak yatim di luar sana.

Akhir sekali, ingin saya kongsikan satu hadis Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan melindunginya, maka dia akan bersamaku di dalam syurga”

Ya Allah, layakkah kami untuk bersama kekasih-Mu di syurga nanti? Bantulah kami ke arah itu, ya Allah….

  • Delicious
  • Hotmail
  • PrintFriendly
  • Twitter
  • Technorati Favorites
  • Yahoo Mail
  • Share/Bookmark

No related posts.