SetBersalin.com
Selepas Portal E-Learning, Abwab the Islamic Links Database dan juga mAkMaL wOrdPreSs v6, hari ini dengan rendah hati saya ingin mengumumkan satu lagi projek saya iaitu SetBersalin.com :)
Syukur, Alhamdulillah….

Sebenarnya website ini bukan saya yang bangunkan, tetapi saya hanya mengambil alih pemilikan dan pengurusan website ini daripada Extreme D milik Suhaimy (tauke Sempoihosting.com dan WangCyber.com). Memandai-mandai je saya beli website ni. Bukannya pandai sangat tentang hal ibu hamil dan bersalin, tetapi pengalaman mengandung dan melahirkan lima orang anak mungkin sedikit sebanyak dapat dikongsi dengan bakal ibu sekelian.

Website SetBersalin.com dikhususkan untuk bakal ibu iaitu wanita yang sedang hamil dan yang sedang merancang untuk hamil. Jadi, untuk para isteri dan kaum ibu hamil sekelian, sila lawati website tersebut untuk mendapat e-book panduan kehamilan secara PERCUMA.

Errmmm……… ok, saya faham. Para suami dan kaum bapa juga hendak dapatkan e-book ini kan… Baiklah, saya perkenankan. Sila klik screenshot laman setbersalin sekarang. Hah? Yang bujang pun nak juga? isy 17x…….

p.s. Naseebah, cuba teka, tapai dok dalam kumpulan mana? hihii….
p.s.s. Erk, gambar cik kak pregnant pada cover ebook tu bukan saya :) . Tu Suhaimy lah punya kerja! :P

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Tukar cover e-book… eh, e-zine SetBersalin.com
  2. Wajah Baru SetBersalin.com
  3. Tips mengawal anak-anak dari pejabat
  4. Hadiah buat anak-anak yatim miskin Bait al-Amin
  5. Ziyad bin Rosdi anak bersemangat kental