Harta kanak-kanak dan orang gila perlu dikenakan zakat?

Posted on: Sunday, Nov 8, 2009

Buku Pengurusan Zakat oleh Prof. Mahmood Zuhdi
Jam 1.30 pagi.
Terpandang buku Pengurusan Zakat karangan Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi, suami kepada penyelia saya semasa menyambung belajar di peringkat PhD iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail.
Saya mencapai buku tersebut. Ingatan kembali pada mesyuarat di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) beberapa hari lepas yang telah menerima cadangan saya untuk mewujudkan subjek Zakat dan Wakaf di USM. Syukur, alhamdulillah…

Seperti yang pernah dinyatakan dalam beberapa entri yang lepas, bukan dah tak nak mengajar subjek munakahat, tapi kasih kepada Allah s.w.t. yang dengan kekuasaan-Nya dan tinggi ilmu-Nya telah menentukan untuk kita undang-undang berkaitan zakat menjadi pendorong untuk saya mengusulkan penawaran subjek ini.
Lagipun, hmm… susah betul nak mengajar munakahat ni bila sampai pada slot ‘Ciri-ciri yang perlu diutamakan apabila memilih pasangan (suami/ isteri)’… yang beragama & berakhlak mulia… yang subur… kalau bujang pilih anak dara… kalau dah tak bujang, pilihlah, adus!
Maka kuliah pun akan jadi serba tak kena. Namun, yang benar perlu dijelaskan dan yang salah perlu juga dirungkaikan.

“Resam sekarang… apa yang berlaku ialah bila lelaki hendak kahwin lain, hendak berpoligami, maka anak dara juga yang dicarinya, sedangkan falsafah poligami ialah hendak membantu janda dan anak yatim.”

“Ayat yang suka disebut ialah ‘nak ikut sunnah nabi’! Padahal sunnah Rasulullah s.a.w. dalam berpoligami ialah mengahwini janda-janda. Semua isteri baginda adalah janda kecuali Sayyidatina Aisyah r.a. Itupun, agaknya kalau Aisyah bukan anak kepada sahabat baik baginda, iaitu Sayyidina Abu Bakar r.a. mungkin baginda tidak mengahwininya!”

Saya lemas dengan apa yang saya sendiri terangkan. Apatah lagi bila timbul beberapa masalah berkaitan hal ni. Hisy! Tak sesuai betul kalau saya ajar bab ni. Patut saya tukar dengan pensyarah lain. Dr. Jasni ke, please la. Do you read this?! Bagi la saya bahagian pembubaran perkahwinan tu. Isk..isk… hari tu dah minta tukar, dia tak mau. Nak bolot sorang, tak aci!…huhuu.. Alasan dia, saya penyelaras subjek, kena ambik bahagian awal… ala, itu bisa diatur. Dr. Jasni ambik la awal, pastu jadilah penyelaras! hihii, settle problem!

Oklah, case closed. Tau dah apa sepak balas dari barisan pertahanan.
Takpe. Meh fokus kat zakat.

Harta kanak-kanak dan orang gila perlu dikenakan zakat?

Berbalik pada buku Pengurusan Zakat tadi. Saya terselak halaman 59, iaitu berkenaan Zakat atas Harta Kanak-kanak dan Orang Gila. Tersentak seketika. Mmmm.. harta kanak-kanak juga perlu dikenakan zakat? Terus berdebar-debar rasanya kerana harta peninggalan arwah suami untuk anak-anak kini menjadi amanah untuk saya. Walaupun tidak banyak, tetapi Alhamdulillah, ia sangat memadai sebagai tempat berteduh dan sebahagiannya menjadi simpanan untuk pendidikan mereka. (Itulah hikmah beli rumah awal, ketika saya baru berumur 25 tahun dan suami 29 tahun. Memang perit mengikat perut. Tapi, andai tiba-tiba ‘janji’ Allah tiba, sekurang-kurangnya insuran akan cover rumah yang dibeli. Adalah tempat untuk anak-anak berteduh. Tidaklah mereka terbiar melata-lata).

Rumah… tidak dikenakan zakat kerana ia tidak termasuk dalam harta yang diwajibkan zakat.
Wang simpanan… haaa yang ni kalau diikutkan wajib dikeluarkan zakat.

Persoalannya, wang itu adalah wang kanak-kanak. Anak yatim pula tu. Tidakkah harta anak yatim perlu dijaga betul-betul dan tak boleh dikeluarkan sesuka hati? Lagipun, macamana anak yatim yang masih kanak-kanak ni nak kira harta dia untuk dikeluarkan zakat? Nak keluarkan duit kat bank pun tak boleh… tu belum dikira lagi kalau (kalau laaaa…) bapa dia ada tinggalkan harta syarikat, saham, bon, ladang lembu, jongkong emas, sawah bendang, estet kelapa sawit, duit berjuta dalam bank, isk… nak menyenaraikannya pun pening, inikan pula nak kira berapa persen patut dikeluarkan zakat. Budak-budak lagi. Kira nak seronok je. Masih nak berebut belon dan terkinja-kinja bila dapat baju dan sticker spiderman :)

Oh my man, can you manage yourself?

Pandangan majoriti fuqaha

Majoriti fuqaha berpendapat bahawa zakat wajib dikenakan ke atas harta kanak-kanak dan orang gila. Pandangan ini dipegang oleh Sayyidina Umar, Ali, Ibn Umar, Aisyah, al-Hasan bin Ali dan Jabir. Para fuqaha yang menerima pandangan ini pula terdiri daripada Imam Malik, Imam Syafii, Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Ubayd dan Abu Thawr.

Banyak dalil-dalil yang digunakan untuk menyokong pandangan mereka seperti ayat 109 dalam surah al-Tawbah, hadis Mu’az semasa dihantar ke Yaman dan beberapa hadis dan athar sahabat seperti hadis Rasulullah s.a.w. maksudnya, “laburkanlah harta anak-anak yatim supaya ia tidak habis dimakan zakat” (Riwayat Imam Syafii)
Lihat perbincangan lanjut dalam Pengurusan Zakat, hlm. 60-64.

Pandangan kedua

Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa
- zakat tidak wajib dikenakan ke atas harta kanak-kanak dan orang gila. (Pandangan al-Nakha’i dan Hasan al-Basri)
- zakat diwajibkan ke atas harta bumi sahaja seperti tanaman. (Pandangan Imam Abu Hanifah)
- zakat diwajibkan ke atas semua harta kecuali wang. (Pandangan sebahagian fuqaha lain)

Lihat dalil-dalil mereka dalam Pengurusan Zakat, hlm. 64-65.

Ringkas cerita

Memetik pandangan al-Qaradawi, Prof Mahmood Zuhdi menjelaskan bahawa pandangan majoriti fuqaha lebih kukuh dalam hal ini. Hujahnya ialah:
1. pengertian umum nas-nas tentang kewajipan berzakat tanpa mengira tua, muda, kecil, besar, waras atau gila.
2. terdapat banyak hadis dan athar sahabat yang menjadi dalil kewajiban tersebut. Walaupun hadis-hadis itu daif, namun ia tetap diperkukuhkan dengan pengertian umum al-Quran dan juga athar sahabat.
3. pendapat dan amalan para sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Umar, Ali, Aisah, Ibn Umar dan Jabil. Malah, tiada pula riwayat yang berpendapat sebaliknya.
4. zakat memberi faedah untuk fakir dan miskin. Ia wajib ditunaikan oleh orang yang kaya walaupun kanak-kanak kerana zakat ialah ibadat kehartaan.

Ibadat kehartaan tidak sama dengan ibadat badan (solat & puasa). Kanak-kanak tidak perlu bersolat & berpuasa. Ibadat kehartaan seperti zakat boleh dilaksanakan melalui pengganti, iaitu pemegang amanah ataupun wali. Ibadat badan pula ialah amalan individu dan tidak boleh dilaksanakan oleh orang lain.

Pandangan sesetengah fuqaha yang membezakan antara sesuatu harta pula tidak mempunyai dalil/ hujah yang kukuh.

Kesimpulannya

Saya kenalah semak-semak semula wang simpanan anak-anak ni. Kalau cukup nisab (nilai minimum harta yang dimiliki hingga boleh dikenakan zakat) dan cukup hawl (tempoh kitaran dikenakan zakat- iaitu setahun) maka perlulah dikeluarkan sebahagiannya untuk zakat. Ermmm… rasanya macam cukup hawl tapi tak cukup nisab je :( !!!

Erm, oklah. Ngantuk ni. Dah pukul ? pagi. Tidurlah mata, esok sembang panjang-panjang…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

35 Users Online

Most online 511 at 26 July, 2014 @ 2:01 am



Avatar

Dr. Jasni

November 8th, 2009 at 9:20 am
Permalink this comment

1

Isyhh..mana boleh tukar, slide tu dah hafal hehee…

[Reply]

Avatar

odyusoff

November 12th, 2009 at 10:24 pm
Permalink this comment

2

itu yg kak odi tgh temenung ni.. paling2 kena bantu wanita macam hasanah…

ntahle llaki ni ade aje alasan …hish..

zakat pn gitu gak… yg nampak bangunan zakat lagi besar…

[Reply]

Avatar

Julina

November 14th, 2009 at 10:53 pm
Permalink this comment

3

Salam..Dr…
Saya nak tanya…bolehkah kita memberitahu kitaran haid kita pada orang lain terutama lelaki yang bukan mahram?maksudnya tanpa apa2 niat….
terima kasih…

[Reply]

Avatar

hamizul

November 16th, 2009 at 9:18 am
Permalink this comment

4

salam, mak aih panjang nyer kupasan…he…he…dalam ceramah saya jika ada orang tanya zakat ke atas anak-anak dan orang tua yang sudah hilang siuman (nyanyuk @ pelupa) atau orang gila…saya jawab mudah je, he…he…dalam syarat wajib zakat disebut Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup hawl…tak do eh sobut nyo akil dan baligh…maka, kenalah…senang sikit memahamkan deme semua, tapi jika jwp ikut buku macam kat ataih ni, memang power le tu…he…he…

[Reply]

Avatar

zuerin

November 28th, 2009 at 4:02 am
Permalink this comment

5

erk..tapi doc..kalau dah jodoh yang bukan dicari gimana..gheee..erm…( kalau dekat sure dah kena cubit)
kadang2 1 pun tak terjaga tapi dah impian 2 dan 3 hasilnya…. ada anak2 yang terabai…dan lebih parah…jika terlepas asas bimbingan agama.
erm yes! pas ni da tak kena ugt denga ayat
“pensyarah munakahat nih”.gheeee

[Reply]

Avatar

ummu masyitah

December 12th, 2009 at 3:31 pm
Permalink this comment

6

Assalamualaikum Dr
apa khabar?

[Reply]

Avatar

Nurul

December 19th, 2009 at 12:47 am
Permalink this comment

7

Salam doc,
saya nak tanya,apa hukum ber’couple’ walopun merancang nk berkahwin…bergayut d telefon berjam2..dan keluar bertemu walopun ada peneman seperti bw adik yg msh kecil.. Bukankah sama seperti menghampiri zina?

[Reply]

Avatar

yg kecewa

December 21st, 2009 at 3:16 pm
Permalink this comment

8

salam dr,
apa hukumnya dan bole tlg bg pandangan ttg org yg membuat hubungan dengan suami org walopun merancang utk berkahwin?yg kedua,apa dosa org yang bercakap ttp tidak melakukannya mcm cakap tak serupa bikin..suruh org buat baik tp dia pulak buat sebaliknya..bukankah Allah marah org macam tu Dr….harap dapat beri penjelasan.

[Reply]

Avatar

yg kecewa

December 23rd, 2009 at 3:07 pm
Permalink this comment

9

Salam Dr.

Satu lagi persoalan yg bermain di otak saya ialah, mengapa selalu ada org yg hanya ingin org lain memahami nasib dan penderitaannya tp dalam masa yg sama membuat org lain pun menderita dgn perbuatannya.KDG2 KITA SGT SUKA SESUATU PERKARA ITU TP BARANGKALI IA BURUK UNTUK DIRI KITA DI KEMUDIAN HARI…

[Reply]

Avatar

Ummu Saneem

January 3rd, 2010 at 12:21 pm
Permalink this comment

10

sahabatku, moga sentiasa sihat, tenang dan ceria serta di bawah rahmat n redha-Nya… amin
baru dapat peluang tengok blogg hang, ‘ala kulli hal ‘alaiki bittaufiq wannajah wa fursoh saiedah wa kullu ‘am wa antum bekhair

[Reply]

Avatar

Hasanah

January 14th, 2010 at 12:55 pm
Permalink this comment

11

Terima kasih Ha, dah lama tak jumpa… huhuu rindu

[Reply]

Avatar

Hasanah

January 14th, 2010 at 12:58 pm
Permalink this comment

12

Allah lebih tahu segala-galanya. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang kita tahu, apatah lagi dengan apa yang orang lain tahu tentang kita, maka dengan sebab itulah kita selalu menganggap kitalah malang, kitalah yang dikecewakan. Sabar dan sedarlah ‘yg kecewa’ bahawa semua orang tuhan uji…

[Reply]

Avatar

ihsan

March 5th, 2013 at 1:03 pm
Permalink this comment

13

Fitrah manusia untuk berpasangan. Zaman nabi Nuh, sebelum banjir besar, Allah memerintahkan Nabi Nuh mencari binatang secara berpasang-pasangan.

cakap pasal poligami situasi kita dengan zaman nabi berbeza.

Zaman nabi, ramai yang menjadi janda kerana peperangan.

Zaman sekarang, ramai anak dara kerana kelahiran bayi perempuan melebihi kelahiran bayi lelaki. Nisbah sekarang adalah 1 lelaki kepada 10 perempuan (mungkin lagi byk di kawasan2 tertentu).

Pentingnya institusi kekeluargaan dalam Islam, itulah sebab nabi dan sahabat2 nabi berkahwin dengan janda. Wanita perlu berteman, di teman dan dipelihara darjatnya.

Dengan kukuhnya ‘masyarakat’ kecil iaitu keluarga, maka teguhnya masyarakat besar, kampung, daerah, negeri, dan negara..

wallahualam..

[Reply]

Hasanah Reply:

Syukran atas fikrah.

[Reply]