Alhamdulillah, saya makin tua. Tua ialah ni’mat yang jarang disyukuri. Bagaimana agaknya jika semua manusia tak tua-tua…. Hmmm… bertambah teruk lah ekonomi dunia yang sememangnya tengah merudum ni. Populasi dunia akan menjangkau saiz mukabumi. Lingkup lama dah la syarikat pengeluar anti-penuaan seperti, err… saya malas nak sebut. (Tak pasal-pasal syarikat tu dapat publisiti percuma dari saya). Bayangkan pula jika saya hanya sempat muda dan tak sempat tua pula? Hmm… kesian pula kat anak-anak… Syukur pada-Mu ya Allah kerana menghadiahkan kepada hamba-Mu ini anugerah tua.

Hari ini saya dirundung migraine sekali lagi. Alhamdulillah petang dah ok. Entah kenapa tergerak hati nak semak ranking dalam google, satu aktiviti yang dah lama saya tak buat.

Wow! Terkejut sungguh saya.

hasanah-on-top-of-google-10march2009
Thank you uncle Google! My website had been ranked on top of Google using a very competitive keyword: hasanah. Click on the screenshot please!

For years, I’ve been struggling with the keyword ‘hasanah’ to be top listed in the search engine. Most of the time, if I typed ‘hasanah’ in the search engine, nothing else appeared except: bid’ah hasanah, uswah hasanah and Masjid Hasanah in Singapore. Masjid Hasanah is ok. Uswah hasanah is ok too. But, bid’ah hasanah? Anyway, I always pray for my parent’s goodness for naming me with hasanah, which means ‘good’ or what I always tell my students, ‘budak baik’!

Struggling to be listed on top of the search engine with good keyword is not easy especially this blog is just a sketch of the life of a single parent striving for the survival of five kids. Blog Bahasa Melayu dan saya pula jarang-jarang dapat peluang menulis. Ni tengah cuba belajar Bahasa Inggeris :p hihiiii…..

I’ve tried some Search Engine Optimization tips. Most are ‘on site’. Only some ‘off site’ tips had been done. Tak sempat nak buat semua. Kerja banyak.

Considering it as a birthday gift from uncle Google. Thank you!

Hari Sabtu lepas semua pegawai desa di USM telah berkumpul di Bayview Resort di Batu Feringgi, Penang untuk berbengkel membincangkan masa depan desasiswa universiti ini sempena APEX. Apa lagi, angkut semua sekali lah. Seronok betul Ziyad sebab saya cakap, ini ialah hadiah hari jadi Ziyad! Kongsi dengan emak! Kek Secret Recipe yang saya beli malam sebelumnya dengan Naseebah saya keluarkan. Hmmm… sodappp…

Seronok betul semuanya. Berendam dua hari kat dalam kolam macam lah tak dapat bilik. Kesian kat bibik duduk termenung kat tepi kolam jaga Hajar sambil perhatikan Hanan, Husna, Ziyad & Huda menunjukkan skill main air! Kesian lagi tengok Hajar yang tertidur kat tepi kolam selepas usaha meraung-raung nak masuk dalam kolam gagal!

Semoga hayat yang dikurniakah Allah s.w.t ini akan dilimpahi keampunan, rahmat dan hasanah yang berpanjangan…
Amiin… ya Rahman, Amiin… ya Rahim…

  • Delicious
  • Hotmail
  • PrintFriendly
  • Twitter
  • Technorati Favorites
  • Yahoo Mail
  • Share/Bookmark

No related posts.