Sepi hati meniti hari

Harap-harap ini ialah entri terakhir yang saya tulis tentang iddah. Dah tak larat cakap pasal iddah. Soalan tentang iddah pun tak putus-putus datang. Kadang-kadang tu jawapannya dah ada, tapi entahlah, kadangkala sikap kita ni, kira nak senang dapat jawapan je, tanpa berusaha nak cari dulu maklumat berkaitan.

Ok, bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid (haidh), jika:

1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.
3. diceraikan… hah, yang ni panjang sikit ceritanya

Wanita yang tiada/tidak pernah/telah putus haid, iddahnya ialah 3 bulan dari perpisahan.
Wanita golongan ini termasuklah perempuan yang belum baligh, atau perempuan yang telah baligh tetapi tiada haidh dan juga wanita yang telah tua iaitu telah putus haid.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Talaq, ayat 4, maksudnya:
“Dan bagi yang telah ya’s (putus) dari haidh dari kalangan wanita-wanita kamu jika karmu ragu, maka iddahnya ialah tiga bulan, dan begitu juga bagi wanita yang belum haidh”

Jadi, di sini jelaslah bahawa bagi ibu-ibu, makcik-makcik yang telah berhenti haid (putus haid), jika diceraikan maka iddahnya ialah 3 bulan.

Penjelasan tentang 3 bulan

Hendaklah menggunakan kalender Islam, iaitu 3 bulan ini bermaksud 3 bulan qamariyah, iaitu sebanyak 90 hari.
Walaupun demikian, tidak dinafikan terdapat perbezaan pandangan di kalangan fuqaha mengenai bilangan 3 bulan tersebut. Menurut Muhammad Uqlah, para fuqaha sependapat bahawa jika perceraian berlaku pada awal bulan, maka bulan itu dikira 1 bulan pertama, jadi, bilangan hari mungkin kurang dari 90 hari.

  • Delicious
  • Hotmail
  • PrintFriendly
  • Twitter
  • Technorati Favorites
  • Yahoo Mail
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)
  2. Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddah kematian suami?
  3. Tempoh Iddah – Bahagian 1
  4. Tempoh Iddah – Bahagian 2
  5. Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)