Naza-PGU

“Bodoh!” Rungut saya kepada diri sendiri.
“Takkan selesai macam tu je?” Kata-kata seorang rakan makin menggelisahkan saya.

Isy, memang saya bodoh. Tak pandai nak bertengkar bila orang langgar kereta saya. Lagi pula bila tengok yang langgar tu orang perempuan. Berumur. Mungkin sekitar 40-50 tahun. Bertudung elok. Dalam kereta dia ada beberapa lagi orang perempuan yang juga bertudung litup. Mungkin saya perlu belajar untuk jadi chengey lagi selepas ini. Perempuan… perempuan juga, tapi kalau dah langgar kereta orang, kenalah tuntut ganti rugi!

Seharian geram saya pada kejadian di Kepala Batas pada 12 April 2009 jam 12.29 tengahari tu tidak hilang. Bukanlah geram sangat pada kereta saya yang dah kemek di belakang. Tapi geram pada nilai santun dan budi yang hilang pada orang yang memandunya. Sudahlah cuai bila melanggar kereta saya yang berhenti elok di persimpangan yang lampu isyaratnya merah. Membahayakan pula anak kecil yang turut ada dalam kereta saya. Nasib baik tidak ada yang menjerit menangis-nangis, kalau tidak, haru biru saya jadinya. Bertambah geram lagi bila sepatah pun MAAF tidak keluar dari bibir orang yang melakukan kesalahan.
“Alah, kena sikit je tu…” Kata-kata yang sangat menyakitkan hati saya mengenangkan kesalahan dia dan ancaman bahaya yang nyaris menimpa anak saya.

Kejadian itu mungkin ada yang menganggapnya sebagai kecil. Cuai, merosakkan harta benda, mengancam nyawa dan tiada pohonan maaf apatah lagi menawarkan ganti rugi. Tapi kealpaan pada perkara kecil boleh membuatkan nyawa melayang! Hmm…. apalah dah jadi dengan masyarakat kita hari ini.

Lain kali kalau jadi macam ni (na’uzu billah), apa saya patut buat?


===============================
Sekiranya pemilik kereta Naza Citra Hitam PGU 2xxx (‘x’ dirahsiakan) ni terbaca apa yang saya catatkan, jangan marah ye. Kadang-kala bila cara halus tidak dapat mendidik masyarakat, maka kita terpaksa gunakan cara yang menyakitkan supaya lepas ini masyarakat akan beringat-ingat. Ibarat sayangkan anak, harus ada cubit-cubitannya!

==============================

OK, tukar mood pula. Mood ceria! :D

Satu bulan selepas blog ini dapat rank pertama dalam Google, saya pula senyap tak update blog. Macam-macam berlaku dalam tempoh yang sangat singkat ni. Bila banyak sangat yang berlaku, maka tak tahu yang mana hendak diceritakan dan yang mana hendak ‘dirahsiakan’. Apa yang rahsia? Hihii… rahsialah. Ala kulli hal, dua perkara yang sangat menggembirakan ialah… kenaikan pangkat dan juga upgrade of third class photo+graphic kepada second class photo+graphic. Sesiapa yang tak faham tu, hihi… lupakan je lah…

Insya Allah, sebagai tanda kesyukuran sempena kenaikan pangkat pensyarah, saya akan kongsi sesuatu dengan para pembaca sekelian. Saya sudah peruntukkan sebanyak RMxxx untuk pembelian buku bagi dihadiahkan kepada 30 pengunjung bertuah dalam salah satu website saya. Apa dia dan bagaimana? Hmm… nanti dulu. Ni tengah sibuk semak tesis student PhD dan juga nak kena mula semak skrip peperiksaan akhir. Bila dah selesai semua kerja-kerja penting ni baru saya setup program kempen hadiah buku tu. Mungkin bulan Mei atau Jun nanti!

Berminat? Sila pastikan anda subscribe dengan newsletter saya untuk pastikan anda tidak tercicir menerima update tentang perkara ini.

Daftar Newsletter DrHasanah.com

Bagi peminat buku, jangan lupa intai-intai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hujung minggu ini.

  • Delicious
  • Hotmail
  • PrintFriendly
  • Twitter
  • Technorati Favorites
  • Yahoo Mail
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Mari kita tengok siapa yang kena
  2. Kata seorang penulis……
  3. Oh Nissan Grand Livina ku…