…mencari al-hasanah di dunia dan akhirat

Santai sikit rasanya pagi ini. Sempatlah curi-curi masa untuk intai blog ini sambil mendengar nasyid “kasihnya ibu membawa ke syurga…, kasihnya ayah tak sanggup berpisah…” yang dipasang dari CD original Adikku Sayang. Bagus CD ni sebab banyak nasyid nasihat untuk anak-anak. Jangan beli CD cetak rompak, takut berkat nasihat tu tak sampai kat hati anak-anak. Eh! Sempat pula kempen ‘belilah yang ori’!
Hari ini saya ingin berkongsi persoalan yang dikemukakan oleh seorang pembaca artikel zakat saya tempohari. Pembaca ini meminta pendapatan tentang kewajipan membayar zakat pendapatan yang diwajibkan ke atas masyarakat Islam di Malaysia. Keresahan yang cuba dikongsi ialah bahawa pendapatan yang diterima sentiasa habis diguna, malah ‘dikorek-korek’ simpanan yang ada, jadi wajarkah dikenakan pula zakat pendapatan? Tambahan pula, katanya Imam Syafii sendiri pun tak mewajibkan zakat pendapatan. Hmm… Mungkin saudara juga pernah dihantui persoalan ini. Ya lah, setiap bulan gaji yang diterima perlu digunakan untuk menampung kos kehidupan yang sentiasa meningkat (walaupun minyak dah turun!).
Jadi, berikut sedikit respon saya yang diharap dapat menjawab persoalan ini.

Persoalan sama ada Imam Syafii pernah atau tidak pernah mewajibkan zakat pendapatan bukanlah pokok persoalan dalam kewajipan membayar zakat pendapatan. Saya tidak pasti sama ada saudara seorang ahli akademik atau tidak, tetapi di kalangan para fuqaha dan ulama termasuk di Malaysia, persoalan fiqh perlu dilihat secara sangat kritis dan tidak disempitkan dengan aliran mana-mana mazhab. Dalam ilmu usul fiqh (ilmu yang membahaskan asas pembentukan hukum), di samping al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas, terdapat satu komponen penting yang menentukan pembentukan hukum iaitu maslahat.
Dalam konteks kewajipan zakat, adalah sangat mudah difahami bahawa pada zaman awal Islam di mana aktiviti ekonomi yang utama ialah pertanian dan perniagaan, maka hukum yang disyariatkan juga sesuai dengan keadaan pada masa tersebut. Hakikatnya, pertanian dan pertanian ialah sumber utama pendapatan pada masa itu. Namun, masa beredar. Sesuai dengan satu kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa: “tidak dinafikan bahawa hukum -terutamanya ijtihad- boleh berubah dengan perubahan masa dan tempat” dan disesuaikan dengan usul fiqh yang menitikberatkan aspek maslahat, maka sumber yang boleh dikenakan zakat juga disesuaikan dengan keadaan semasa. Pada masa ini golongan petani dan peniaga memang ramai, tetapi golongan yang menjalankan aktiviti perkhidmatan juga sangat ramai. Jika pada zaman dahulu pertanian dan perniagaan dikenakan zakat kerana ia merupakan sumber pendapatan utama, maka adalah sewajarnya apa-apa sumber pendapatan pada masa ini juga dikenakan zakat. Perkara ini disebut sebagai ‘illah iaitu komponen penting yang digunakan dalam melakukan Qiyas.
Kita lihat pada matlamat zakat yang secara tersirat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak: pemberi dan penerima. Zakat dapat memurnikan hati pemberi dan memberikan keberkatan pada hartanya. Zakat juga dapat mengeluarkan golongan yang miskin dan lain-lain asnaf daripada bebanan masalah yang menghambat mereka. Baiklah, apabila sumber pendapatan utama umat Islam telah berubah dari bentuk perniagaan & pertanian kepada perkhidmatan bergaji tetap, dan dalam masa yang sama kita masih mahu memakai pemahaman lama tentang kewajipan zakat, maka sudah pasti akan berlaku kepincangan yang besar dalam sistem sosial umat Islam. Yang kaya terus melipatgandakan harta manakala dana untuk membantu golongan miskin dll akan terus menyusut menyebabkan jurang antara kaya dan miskin semakin melebar. Kita perlu ingat bahawa antara peranan zakat ialah merapatkan jurang perbezaan ini.
Mewajibkan zakat pendapatan merupakan satu tindakan penting dalam memelihara maslahat umat Islam dan ia bukanlah idea mana-mana pihak yang tamak mahu memandai-mandai atas kepentingan duniawi. Malah, kewajipan zakat pendapatan ini dibincangkan dengan sangat kritis oleh para fuqaha di seluruh dunia. Mereka bukan mahu memenuhkan periuk nasi masing-masing, sebaliknya sangat prihatin dengan nasib golongan asnaf zakat yang merintih di seluruh dunia. Tidak perlulah kita berasa risau jika gaji yang diterima tidak mencukupi untuk keperluan bulanan (apatah lagi jika perlu dikorek pula simpanan yang ada). Sistem zakat tidak menzalimi umat Islam. Malah bertujuan untuk membantu umat Islam. Semakin lama saya mendalami hukum zakat, makin saya kagum dengan kebijaksanaan Allah s.w.t. Apa tidaknya, zakat hanya diwajibkan ke atas orang yang hartanya melebihi keperluan. Sebaliknya, jika apa yang ada tidak mencukupi, kita pula dibenarkan untuk memohon zakat. Jika harta kita berlebih2an maka kita diwajibkan memberi lalu kita bersyukur kerana dilimpahi rezeki yang luas dan kita tidak perlu meminta-minta. Tetapi jika kita perlu mengharap bantuan, kita juga akan bersyukur kerana ada tempat untuk kita memohon bantuan.
Perkembangan terkini di pusat-pusat zakat di Malaysia pula, kita diberikan pilihan untuk membuat pengiraan zakat sama ada pendapatan x 2.5% atau pendapatan – belanja dibenarkan x 2.5% atau yang ketiga, pendapatan – belanja sebenar x 2.5%. Llihat: Portal Zakat Selangor (negeriku!). Saya kira, ramai yang akan memilih kaedah ketiga dan terlepaslah mereka dari dikenakan zakat. Pokok pangkalnya, jangan tepuk dada tanya selera, tapi, bertafakurlah sejenak tanya di tahap mana iman kita.
Alamak! Anak-anak dah bising ajak pergi kolam renang. OK, jumpa lagi. Wassalam.
Related posts:
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita.
Hasanah
December 28th, 2008 at 6:03 pm
Terima kasih Tapai.
Err… Naseebah ada, hihii….
[Reply]
naseebah yaacob
December 28th, 2008 at 9:26 pm
ah??naseebah??ape ke hei nama aku disebut sebut ni tapai oii.. ape kome ni??idokle teman tahu…ape kaitan teman ngan tapai???
[Reply]
Yati
February 6th, 2009 at 3:02 am
Assalamualaikum,
Camne nak kire zakat perniagaan utk bisnes handbag online yg buka setahun yg lalu? Harap dapat tolong.
Terima kasih,
yati
[Reply]
takut
May 7th, 2009 at 9:15 pm
ramai orang belagak cam pandai agama..tapi sebenarnya bodoh.. yang ko orang bandingkan cukai pendapatan dengan zakat pendapatan tu apake hal..
cukai pendapatan tak ada dalam agama…dan zakat pendapatan pula kalau nak bayar mesti cukup haul(tempohnya)..yang engko pergi buat potongan gaji tu apake jadahnya…oh..mungkin lupa…nanti..
wei…benda agama jgn nak pandai-pandai wat fatwa…
kalau duit tu bukan milik sempurna(malikul tam) ,tu maknanya bukan lagi hak kita…
pergilah menuntut ilmu lagi..jangan nak memandai-mandai..
[Reply]
Hasanah Reply:
May 13th, 2009 at 6:32 pm
Saudara ‘Takut’,
Ilmu perbandingan ialah pra-syarat untuk menjadi seorang yang kritis. Dalam ilmu asas istinbat hukum sendiri pun, disebutkan bahawa para mujtahid perlu mempunyai ilmu dalam membuat perbandingan seperti dalam istinbat hukum berasaskan qiyas. Tiada sedikit pun salahnya jika kita membandingkan what so called agama dengan non-agama. Yang penting ialah jangan menyamakannya.
Dengan rendah hati saya nasihatkan saudara takut supaya PERGILAH MENUNTUT ILMU. Bukan sekadar ilmu agama, malah ilmu perbandingan dan juga ilmu berbicara. Mudah-mudahan dengan itu Islam akan indah bukan sahaja kerana asas wahyunya, tetapi juga dengan para pendokong yang dicerahkan hati dan akal fikirannya serta lunak butir bicaranya.
[Reply]
wuzara
July 6th, 2009 at 1:27 pm
Salam…
Zakat adalah rukun Islam. Di dalam ibadah seperti ini fuqaha sepakat ia tidak ada illat Illat walau illat syar’ie sekalipun. berbeza dengan masalah iqtisad atau siyasah.
sedangkan hari ini pandangan yang mewajibkan zakat pendapatan banyak disandarkan illat aqliah yang jelas bathil. Contohnya untuk kebaikan dan kemaslahatan ummat. Walhal kemaslahatan itu terhasil dengan perlaksanaan hukum dan bukan dengan mengada-adakah hukum.
[Reply]
abu_harith
July 8th, 2009 at 3:16 pm
wuzara…
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
Surah al-Baqarah (ayat 267)
hujah ini sudah cukup utk menyatakan kewajipan zakat pendapatan. adakah pendapatan anda adalah dr usaha yg baik2? jika ya maka anda WAJIB menunaikannya. tak perlu qias
Mjls fatwa negeri Selangor telah memutuskan zakat dr hasil mal al-musatafad adalah wajib utk ditunaikan termasuk zakat pendapatan.
jgn disebabkan pandangan anda, ramai yg akan menolak utk menunaikan zakat..
wallahua`lam
[Reply]
Muhammad Nafis
October 18th, 2009 at 7:23 pm
Assalamualaikum..
Saya musykil tentang permasalahan pembayaran zakat melalui sistem pesanan ringkas.Harap dapat dijelaskan kepada saya dengan hujah-hujah yang terang lagi terperinci.sekian wassalam..
[Reply]
Ingin tahu
October 20th, 2009 at 11:07 am
Saya tahu zakat ni wajib, bila saya ajukan pada para ustaz ade yg berpendapat zakat pendapatan ianya tidak perlu sebab dia kata kalau kita terlebih harta atau duit maka zakat telah dikenakan pada harta simpanan kita itu. Ade ke fatwa daripada Majlis Fatwa Malaysia yang menyetujui zakat pendapatan ni. Kalau ade senang le kita umat Islam ikut aje fatwa tersebut, tk banyak soal. Masalahnya saya tengok ramai yg tertanya2 lagi termasuk para cendiakawan agama sendiri.
[Reply]
zulhafiz
November 9th, 2009 at 3:46 am
Laaaaaa………. kan kan zakat tu sebahagian rukun islam……kalu x bayar zakat….lu piker la sendiri……xkan ngan tuhan pun nak berkira…..punya banyak nikmat yg Dia bagi kat kita tapi bila dia mintak sikit kita nak berkira…ape kess….Dia bukan nak pun duit kita…..Dia suruh kita keluarkan sebagai tanda yg harta kita yg ade tu pemberian Dia…supaya kita tak leka..lalai…..tu pun susah sgt ke…berat sungguh la org yg berat nak bayar zakat ni…..kalu dlm sembahyang kita x baca fatihah solat kita x sah…sebab fatihah tu rukun…abis tu…kalu kita x bayar zakat yg merupakan rukun islam……islam ke kita….sendiri mau ingat la…..
[Reply]