Tempoh Iddah – Bahagian 2
Posted on: Tuesday, May 27, 2008
Tempohari kita dah sentuh tentang tempoh iddah jenis pertama, iaitu 3 kali suci.
Jenis kedua pula ialah 3 bulan
Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci)
Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya. Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari!
Perempuan yang tidak dikenakan iddah jenis ini ialah perempuan yang kematian suami ataupun diceraikan ketika hamil.
Firman Allah s.w.t. (maksudnya):
“Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (al-Talaq 65:4)
SIRI ARTIKEL TENTANG IDDAH
* IDDAH
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI)





sara
June 27th, 2008 at 11:11 pm
Permalink this comment
1
adakah eddah bg wanita normal juga di kira dari hari di lafazkan cerai?tlng reply d email saya…..
[Reply]
Hasanah
June 29th, 2008 at 3:02 am
Permalink this comment
2
Sara,
maaf tak reply melalui emel.
Jawapan soalan sara ada di http://drhasanah.com/2008/tempoh-iddah-bahagian-1/ iaitu bagi perempuan yang ada haidh.
[Reply]
Aayunusi
March 22nd, 2009 at 6:44 pm
Permalink this comment
3
macam mana pulak iddah bg pmpn yang tgh pantang?
[Reply]
Hasanah
April 2nd, 2009 at 6:37 am
Permalink this comment
4
Perempuan yang diceraikan ketika dalam nifas:
Jika dia diceraikan ketika nifas, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang ketiga.
Contoh: Diceraikan ketika nifas (menyamai Haid) > Suci 1 > Haid > Suci 2 > Haid > Suci 3 > Haid —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.
Persoalan ini menyamai:
http://drhasanah.com/2008/tempoh-iddah-bahagian-1/
[Reply]
Man
May 9th, 2009 at 10:39 am
Permalink this comment
5
Assalamualaikum..
Saya nk tanya tentang eddah bg wanita yg hamil..berapa lamakah eddahnya?? t/kasih..
[Reply]
Hasanah
May 13th, 2009 at 6:19 pm
Permalink this comment
6
Man, perempuan hamil hendaklah beriddah hingga bersalin, tidak kira sama ada dia bersalin cukup bulan ataupun tidak. Maksudnya, jika bersalin sahaja, maka tamatlah iddahnya. (bukan bergantung pada habis nifas!)
Bagi perempuan yang kematian suami ketika hamil, sila lihat:
http://drhasanah.com/2008/iddah-bahagian-tiga-iddah-bagi-wanita-yang-kematian-suami/
[Reply]
Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil) - DrHasanah.com
May 21st, 2009 at 10:39 pm
Permalink this comment
7
[...] IDDAH * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1 * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2 * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI) * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 4 [...]
Helty
October 13th, 2009 at 11:18 pm
Permalink this comment
8
Dr. saya ingin bertanya bagaimana pula sesetengah ada yang menyatakan edah seseorang perempuan yang bercerai hidup(yang masih didatangi haid) edah nya ialah 3 bulan 10 hari pada keadaan yang tertentu. Keadaan yang macam mana?
[Reply]
ummimusa
July 15th, 2010 at 1:23 am
Permalink this comment
9
saya ingin mengetahui status antara suami & isteri yg sudah bercerai, adakah haram spt antara ajnabi & ajnabiah, boleh kah tinggal serumah dan sebagai nya.
[Reply]
KLmushkil
April 4th, 2011 at 7:02 pm
Permalink this comment
10
Dr. bagaimana pula perempuan saudara baru yang sebelumnya mempunyai suami bukan Islam. Sepengetahuan saya perkahwinan mereka akan terbatal dan apakah tempoh yang membolehkan saudara baru ini berkahwin semula dengan lelaki Islam?
Adakah iddah itu akan di hitung 3 kali suci dari waktu ketika dia memeluk Islam?di bantu jawapan nya DR…email saya burg_03@yahoo.com
[Reply]
Nor'Azam Abu
September 24th, 2011 at 9:01 am
Permalink this comment
11
Bagaimana kiraan edah bagi perempuan yang menghadapi kekerapan haid tidak tetap setiap bulan. Contohnya ada kalanya sehingga 6 bulan cuma sekali haid, adakah edahnya selama 18bulan? Atau ada satu tempoh maksima bagi kes sebegini
[Reply]
nazari
October 8th, 2011 at 11:35 am
Permalink this comment
12
bagaimana pula jika perempuan itu mengalami masalah haid iaitu haid nya dtg tidak menentu… spt 2 bulan baruk satu kali haid.. kdg2sampei 4 bulan maseh belum haid… dan perempuan ini maseh muda dan belum putus haidnya..
[Reply]
zul
September 18th, 2012 at 10:43 am
Permalink this comment
13
adakah isteri yg diceraikan suami dan mereka tidak pernah membuat hubungan kelamin juga ada iddah?
[Reply]
anne
February 7th, 2013 at 12:34 pm
Permalink this comment
14
Salam,
ingin bertanya bagaimana mengira iddah jika kita ‘bersama’ suami pada malam sebelum jatuhnya talak?
contoh begini :
malam 1hb – “bersama” suami
pagi pada 2hb – Talak dijatuhkan di hadapan hakim
Adakah pengiraan iddah adalah sama seperti pengiraan iddah wanita yang didatangi haid?
[Reply]