Tempoh Iddah – Bahagian 1

Sambung semula perbincangan tentang iddah.

Tahukah saudara berapa lamakah seseorang perempuan perlu beriddah? Satu bulan? Tiga bulan? Empat bulan? Sampai mati? atau berapa sebenarnya?

Sebenarnya lain perempuan, lain pula tempoh iddahnya. Tempoh ini bergantung kepada jenis perpisahan yang berlaku dan juga keadaan perempuan tadi. Oleh itu, iddah perempuan yang diceraikan berbeza dengan perempuan yang kematian suami. Iddah perempuan yang sedang hamil ketika perpisahan berlaku juga berbeza. Begitu juga perempuan yang telah putus haid, tidak pernah haid dll. Ops! Jangan pening. Saya akan huraikan satu persatu dalam beberapa post.

Jenis 1: Tiga kali suci

Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid.
Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” — (al-Baqarah 2:228)

Bagaimana mengiranya?

Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.
Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.

Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat.
Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 —— iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.

SIRI ARTIKEL TENTANG IDDAH

* IDDAH
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI)

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Tempoh Iddah – Bahagian 2
  2. Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)
  3. Iddah
  4. Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)
  5. Bagaimana iddah bagi wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah putus haid – menopause

19 thoughts on “Tempoh Iddah – Bahagian 1

  1. Salam dr Hasanah. I stumble upon ur blog while looking for the meaning of Iddah. I feel just like how you must have felt having to lose a dear , beloved one. I lost mine suddenly on the 29th June, due to heart failure. My world seem to crash down on me. I feel utterly frightened of having to live life with my eldest daughter (form 4), son (form 3) and youngest daughter (pr. 3) without him by my side , to guide, advise and counsel me. Allah is the Greatest. I ask for His forgiveness . I ask Him for strength to guide me thru this terrible, terrible ordeal….and yes.. coz my name is Hafidzah, the protector….so i may protect my family and lead them to the righteous path. Insya Allah. Al Fateha to our late husbands. May the Almighty Allah shower their souls with rahmah and happiness. Amin.

    [Reply]

  2. Kak Fiza,

    Takziah atas pemergian suami tercinta. Faham benar saya bagaimana rasanya bila orang yang dikasihi meninggalkan kita. Apatah lagi jika dia menjadi tempat bergantung kasih dan tempat untuk anak-anak bergantung harap.

    Saya bukan orang yang terbaik untuk memberikan nasihat untuk kak Fiza. Mungkin akak lebih kuat untuk menghadapi ujian ini berbanding saya yang ditinggalkan ketika sarat mengandungkan anak kelima.

    Sekadar berkongsi semangat… saya harap akak dapat menerima ketentuan Allah s.w.t. ini dengan hati yang sangat kuat dan tabah. Percayalah selalu bahawa setiap yang Allah tentukan untuk kita pasti mempunyai HIKMAH yang sangat besar. Berdoalah supaya dugaan ini ialah HADIAH dari Allah. Hadiah dalam erti kata, ia adalah qada qadar yang TERBAIK buat kita dan dia yang telah pergi.

    Percayalah, ujian adalah ANUGERAH dari Allah…
    Biar pun perit rasanya dugaan, pasti di sana ada kemanisan…

    Bersedih tidak salah, tetapi janganlah hingga putus harap dengan rahmat tuhan akibat pemergian insan tersayang. Ingatlah, dia hanyalah PENGANTARA yang Allah kurniakan kepada kita untuk merasai ni’mat kebahagiaan.

    SESUNGGUHNYA KEBAHAGIAAN HAKIKI IALAH KECINTAAN KEPADA ALLAH S.W.T.

    [Reply]

  3. Salam Dr. Hasanah,

    Terima kasih di atas kata2 nasihat dan perangsang dari puan. Saya sangat dambakan kata2 dan nasihat seperti ini. Kadang semasa dalam class pun air mata gugur dengan sendiri. Saya tidak tahu bagaimana nak ucapkan rasa dan perasaan ini. Sesungguhnya Pn adalah Allah-send di saat2 begini, hanya Allah sahja yg dapat membalas jasa baik puan.
    Bila anak-anak bertanyakan,’ kenapa Allah ambik Babah…? kenapa babah kena mati?” Kak fiza cuma dapat menyatakan bahawa Allah sayangkan kita semua…seperti juga Rasulullah yg kematian ayah kemudian ibu….sebab Allah sayang hamba2nya dan kita pun mesti sentiasa ingatkan Babah dan ikut perintah Allah supaya semua selamat. Jazakallah Dr.

    [Reply]

  4. Kak fiza sangat kagum dengan semangat kental at a time when sadness envelopes oneself and yet she is still able to reach her hands out to her fellow friend and pull her up to her feet. Masya Allah , May Allah sends His Rahmah to you and your young children. Truly, this is a test and an indication of Allah’s benevolence towards His servants. I’m grateful to you for having spent your precious time reading and responding to my woes. Kak Fiza doakan agar Dr di beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan serta mendapat keredhaan Alllah swt di atas segala amalan dan ibadah. Amin.

    [Reply]

  5. Salam Dr Hasanah,
    Saya mempunyai satu kemusykilan. Sekiranya kami suami isteri sudah berpisah dari tinggal sebumbung dan tidak lagi bersatu untuk lebih dari 3 bulan, bila kami pergi ke mahkamah untuk mengambil surat cerai, patut ke saya tunggu lagi hingga tamat tempoh iddah untuk bernikah lagi? Suami saya tidak melafazkan cerai di depan saya tapi dia ada mengatakan di sms yang dia akan memenuhi permintaan saya bila di mahkamah nanti. Sudah kah jatuh talak bagi saya dalam konteks ini? Dia juga ada mengatakan dia rela melepaskan saya demi kebahgiaan saya, sudahkah jatuh talak bila dia mengatakan ini? Saya amat bingung tentang persoalan talak dan tempoh iddah. Harap Dr. boleh menolong saya utk huraikan kemusykilan saya ini. Terima kasih. Wassalam.

    [Reply]

  6. saya telah tinggal berasingan dengan suami selama hampir dua tahun? Baru-baru ini kami telah bercerai. Apakah saya perlu menunggu sehingga tiga kali haid untuk saya berkahwin lagi?Seandainya saya berkahwin lagi setelah tamat haid saya yang kedua iaitu pada suci yang ketiga, adakah perkahwinan saya tidak sah? Tolong ustazah jelaskan hal ini.

    [Reply]

  7. Lisa S. Maaf lambat reply. Saya terlepas pandang persoalan Lisa. Persoalan yang Lisa kemukakan tidak begitu jelas. Penjelasan mudah yang dapat saya berikan ialah Lisa perlu kira iddah bermula dari SAHNYA SESUATU PERCERAIAN. Jika bercerai di mahkamah pada 1 Januari, maka bermula tarikh itu perlulah beriddah.

    Insan Musykil. Jika diceraikan dalam haid, maka kena tunggu haid keempat barulah habis iddah. Tetapi jika diceraikan dalam keadaan suci dan tidak pernah ‘bersama’ dalam tempoh suci itu, maka iddah habis apabila datang haid yang ketiga (berapa lama tidak tinggal sebumbung tidak diambil kira)

    [Reply]

  8. Pingback: Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil) - DrHasanah.com

  9. Salam dr..

    saya baru diceraikan sebulan lalu, dan kini dlm tempoh iddah. tetapi saya sedang menyusukan anak kecil berusia 2 bulan, dan mengikut dari pengalamana menyusukan anak yg sebelumnya, haid pertama saya datang ketika dia berusia setahun 6 bulan.

    jadi, bagaimana kiraan iddah saya? adakah masih 3 kali suci walaupun masanya terlalu lama?

    [Reply]

  10. assalamualaikum ustazah, untuk makluman ustazah saya baru kematian suami pada rabu 22.9.2010 yang menjadi musykil bagi saya kawan saya menyatakan semasa iddah ini saya tidak boleh keluar untuk menziarahi kubur arwah suami serta ke pasar untuk membeli bekalan makanan. hanya keluar bekerja saja yang boleh. Saya mohon bantuan untuk uztazah memberi penjelasan

    [Reply]

  11. assalammualaikum ustazah..

    saya sudah habis edah dan ingin kembali kepada suami.saya dimaklumkan kami perlu melakukan akad nikah semula.apakah saya perlu ada wali dan saksi dan apakah prosedur2 dan borang2 yg perlu diisi

    sekian

    [Reply]

  12. Salam Dr. Hasanah,

    Saya telah bercerai dgn suami saya 3 bulan yg lalu. Persoalan saya ialah saya mempunyai masalah kedatangan haid yg tidak tetap seperti haid 2 bulan sekali. Adakah tempoh eddah saya masih 3 kali suci haid?

    [Reply]

  13. Assalammualaikum

    Telah dinyatakan tempoh iddah ada 3 kali suci…bagaimana kalau setengah2 perempuan, contoh saya datang haid tidak tetap masa contohnya 3-4bln sekali??

    [Reply]

  14. assalamualaikum…
    saya telah bercerai dengan suami saya sudah sebulan,suami saya telah lafaz talak melalui sms,adakah jatuh talak tu?
    saya berkawin dengan suami saya dekat thailand,dan tak pernah daftar kat malaysia,dan sekarang ne kami sudah bercerai,kalu saya nk berkawin dengan orang lain dekat malaysia,adakah saya kena selesai kn dahulu perkahwinan sya dekat selatan thailand tu dulu?

    [Reply]

  15. assalamualaikum…
    sy ingin bertanya…..bagaimanakah jika suami memeluk islam kerana ingin mengahwini si isteri..tetapi setelah berkahwin,lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak berminat dengan islam….lalu si isteri meminta untuk bercerai..adakah seorg isteri itu mempunyai iddah sekiranya bercerai dalam keadaan suaminya tidak pernah menyentuhnya..harap ustazah dapat membantu sy tentang persoalan ini..

    [Reply]

  16. Pingback: jasa pembuatan web dan blog bisnis murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>