Hari ini, esok dan lusa akan jadi hari yang sangat sibuk. Persiapan terakhir perlu dilakukan sempena Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari anjuran kami, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, USM yang akan berlangsung selama 2 hari iaitu 29-30 Oktober 2008 di Dewan Persidangan Universiti, USM.

Saya bertanggungjawab menguruskan kertas kerja & prosiding. Banyak juga pengalaman yang diperoleh melalui tugas ini. Paling seronok ialah dapat berinteraksi dengan para pembentang kertas kerja yang semuanya hebat-hebat belaka. Alhamdulillah seminar ini dapat mengumpulkan 41 kertas kerja berkaitan pelbagai isu tentang Fiqh dan Pemikiran Islam. Kesemua kertas kerja membincangkan tentang Islam yang bersifat lestari dalam bidang fiqh dan pemikiran.

Jika berminat untuk hadir dalam seminar ini boleh datang terus esok pagi ke lokasi seminar. Yuran yang minimum dikenakan. Biasalah, nak masuk seminar kenalah melabur sikit untuk dapat manfaat yang banyak.

The good news is untuk orang awam yang berminat, hanya perlu bayar RM100 untuk seminar dua hari termasuk makan dan minum – 3 kali makan. Peserta akan diberikan kit seminar iaitu beg (cantik begnya) yang mengandungi prosiding setebal hampir 400 mukasurat (penat saya siapkan prosiding tu!!!), beberapa buah buku dan jurnal sumbangan JAKIM dan beberapa freebies yang lain. Sangat berbaloi untuk bayar RM100 untuk semua ini.

Terima kasih daun keladi kepada pihak JAKIM kerana sudi menganjur program ini bersama kami. Tahun depan boleh tak kita bergabung lagi?

OK, tak dapat nak tulis panjang. Kena buat kerja sekarang :) . Salam hormat untuk semua.

  • Delicious
  • Hotmail
  • PrintFriendly
  • Twitter
  • Technorati Favorites
  • Yahoo Mail
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Seminar Tokoh-tokoh Hadis Pasca Kurun ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan
  2. Seminar Terkini di USM
  3. Corat-coret SEMLIS
  4. Usul Fiqh – ilmu yang dijauhi
  5. Jemputan ke Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan