Rumah Baru

Posted on: Wednesday, Jul 30, 2008

 

Phew! Letih jugak tukar hosting ni. Entah apa-apa isu teknikal yang timbul dari server, dns, domain, registrar, mysql data, page 404 dan macam-macam lagi.

Sebelum ni guna internet webhosting milik Shamsul Kamal. Bukan tak ok. OK juga dan sangat sesuai untuk orang yang nak berjinak dengan website. Sesiapa yang nak mulakan small online business pun boleh cuba. Maklumlah, hosting cuma RM80 je setahun untuk 3GB diskspace dan ada 15 addon domain. Tapi saya pakai takat 400mb je.

Sebelum tu lagi… guna Sempoihosting.com milik Suhaimy… pun ok jugak, sangat sesuai untuk sesiapa yang nak memiliki website/blog pertama. Saya hanya bayar kalau tak silap RM18 je setahun, hihiiiii….. Itulah dalam sejarah hidup memiliki hosting untuk website pertama iaitu www.uruspusaka.com.

Selepas menyewa hosting dengan Sempoihosting, saya sewa hosting dengan OlympicHosting.com pulak milik orang puteh iaitu Brian, hihiii…. server pula di US untuk website Rosdi.net dan juga DrHasanah.com. Setahun sewa USD30 tapi sekarang diorang dah tak buat servis hosting lagi dah. Guna server US ni slow la sikit. Tu yang tak boleh tahan. Ada lagi satu website yang dihost sekali iaitu CariMenantu.com (diinspirasi dari rancangan Cari Menantu yang disiarkan di TV9 dekat di hati…). CariMenantu.com ni bukan untuk cari menantu ye…. tapi dikhususkan untuk mendalami hukum-hakam perkahwinan, petua rumahtangga dan mendalami konsep institusi kekeluargaan Islam. Tapi, tak larat lah nak maintain semua. So, website tu mati macam tu je, tapi content tentang kekeluargaan ada dikekalkan dalam DrHasanah.com. Jadi kalau berminat mendalami tentang konsep kekeluargaan Islam, bolehlah tinjau-tinjau DrHasanah.com.

Kenapa sekarang pindah rumah ke hosting baru?
Wah! Soalan menarik…

- Pertama kerana mengharapkan servis yang lebih baik dari sudut server yang laju dan uptime yang tidak mengecewakan. Itulah yang saya banyak tahu dari webmaster yang lain. Lagipun dah ada pengalaman dengan hosting lain kan…. dah tahu lah kelebihan dan kekurangan hosting masing-masing.
- Mengharapkan support yang lebih baik dari yang lain-lain.
- Yang paling best ialah hosting yang ni benarkan saya upload file multimedia berbentuk audio dan video… (dalam internet webhosting tak boleh). Hihiii… lepas ni boleh la tengok saya bagi ceramah yek!!! Online gitu…
- Saiz ruang hosting yang lebih besar iaitu hingga 10gb (walaupun addon domain cuma 10 je, tapi ok lah tu. Domain banyak-banyak sangat pun bukan larat renew)
——> yang tak berapa best ialah… sewanya mahal ooooooooooo Hmmm… pejam mata je lah sebab nak dapat hosting berkualiti bukan macam beli kacang rebus lelong kat pasar malam!
—————->OK, soalan: apakah hosting yang saya gunakan sekarang? hihiii…. exabytes

Bagi sesiapa yang berminat untuk buat bisnes online besar-besaran, bolehlah cuba exabytes. Sila klik link website exabytes untuk maklumat lanjut.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

18 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

studentdr08

August 1st, 2008 at 2:13 pm
Permalink this comment

1

salam..tahniah Dr.. pasni bole challenge saifulislam.com plak..hehe..

[Reply]

Avatar

dedust

August 4th, 2008 at 11:25 am
Permalink this comment

2

humm… exabytes memang hosting provider paling top kat Malaysia.

[Reply]

Avatar

Hasanah

August 4th, 2008 at 9:33 pm
Permalink this comment

3

Lawan saifulislam.com? hihi… ustaz Hasrizal tu kawan saya.. masa first year, satu kapal ke Jordan… jadi dia bukan saingan saya, tapi kawan dan tok guru saya :)
lagipun, dia full time blogger… tak terchallange punya

[Reply]

4

[...] Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pakej web hosting, reseller hosting, vps hosting mampu milik serta premium kepada individu dan syarikat [...]

[Reply]