Tong kosong… tak tau nak tulis apa… terlalu banyak perkara berlaku… terlalu banyak yang perlu diteladani…

Aidil Fitri yang baru berlalu minggu sudah… hmm… nak mula cerita macamana ye…

Hari Sabtu 27 Ramadhan, balik ke kampung arwah suami di Tualang, Pokok Sena, Kedah. Ziarah pusara… Bermalam a.k.a. beraya di kampung.
Hari Ahad 28 Ramadhan… ziarah pusara… sekali lagi…
Malamnya tidur di rumah pusaka di Taman Bertam Permai… mengutip kenangan… senyum sahaja saya melihat anak-anak gembira bermain bunga api bersama jiran-jiran.
Hari Isnin 29 Ramadhan… balik ke USM. Petang dalam hujan lebat sempat lagi beli jeruk di Sungai Nibong untuk dibawa ke Banting.
Hari Selasa 30 Ramadhan, 9.15 pagi bergerak dari USM ke Banting… lone ranger… jam 2 petang tiba. Alhamdulillah… sujud syukur kerana kembara lebih 400km ini terpelihara daripada sebarang kesulitan.
Hari Rabu 1 Syawal, ziarah pusara emak dan abah… entahlah… hati begitu sepi melihat pusara ini… tiada air mata yang mengalir… hati ini seperti mati… sedangkan pada awalnya saya begitu takut untuk menghadapi Aidil fitri ini…. entahlah….

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Tak tahu tajuk. Raya? Mati? Wasiat?
  2. Kasih sayang… berapa harganya?