Tulis… padam… tulis… padam…
Entah kenapa begitu sukar mencari kata pemula.

Hari ini, Ramadhan bermula… bulan yang sentiasa dirindu oleh saya dan arwah suami. Semalam seharian saya mengemas rumah. Begitulah selalunya, Ramadhan kami sambut seperti ingin menyambut Aidil Fitri. Namun, kali ini saya tak mampu mengemas rumah sebaiknya kerana batasan kudrat yang sendirian menggalas semuanya. Ramadhan kali ini terlalu berbeza buat saya.

Sejenak saya termenung…
dan terus termenung lagi…
Betapa hebatnya nilai kasih sayang…
Tetapi, kita manusia…
Bagaimanakah kita meletakkan nilai kasih sayang itu?
Bagaimanakah kita menghargai kasih sayang itu?
Bagaimanakah kita membalas kasih sayang itu?

Entah kenapa saya tulis begini hari ini.
Yang pasti saya berharap semua yang di luar sana, renung-renunglah… bagaimana anda menghargai kasih sayang orang yang yang anda sayangi…

Selamat menghayati Ramadhan…
Semoga setiap Ramadahan ialah Ramadhan yang terbaik buat kita semua

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Terima kasih!
  2. Bedah… Kali pertama saya dibedah
  3. rAyA