…antara keperluan, kemahuan & kemampuan
Kerana tidak tahu dari mana hendak bermula, maka biarlah saya jana semula penulisan berdasarkan pengalaman saya yang baru kematian suami.

Melangkah pergi yang tiada kembalinya…
Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, ‘iddah).
Apa maksud iddah?
Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.
Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.
Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru bercerai atau kematian suami, jika si perempuan tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-tiba didapati hamil akan
menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah ‘hakiki’ bagi bayi yang dikandungkan itu?
Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang diberikan untuk perempuan yang bernasib malang ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.
Artikel akan datang: huraian tentang iddah
SIRI ARTIKEL TENTANG IDDAH
* IDDAH
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI)
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita. Jika anda rasa dengan melayari blog ini sekadar membuang masa anda, please, juz leave me alone....
suriaterang
May 26th, 2008 at 5:25 pm
Innalillahi wainna ilaihi rajiun, takziah kepada puan. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi suami Puan. Banyakkan bersabar. Sesungguhnya besar cabaran sebagai seorang ibu tunggal.
Saya sendiri kehilangan seorang adik perempuan dan adik ipar di dalam kemalangan tahun 2004. Sungguh besar cabaran membesarkan 2 orang anak yatim yang baru berusia 5 tahun dan 9 tahun.
Sesungguhnya ALlah lebih menyayangi mereka. Bagi kita yang menyedut udara di dunia fana ini yang FOC hendaklah mengambil kematian sebagai satu peringatan.
hamba Allah
August 28th, 2008 at 10:53 am
Assalamualaikum Dr Hasanah,
Saya terjumpa dgn blog dr ini semasa search tentang idah.Saya ada kemusykilan tentang cerai dan rujuk.Saya mmg ingin ke pejabat agama utk bertanya tentang masalah sy ini tetapi masih tidak berkesempatan krn masalah kesuntukan waktu.Sebenarnya sy baru saja bercerai kerana masalah campur tangan keluarga, walaupun kami masih menyayangi antara satu sama lain.Masalah saya sekarang sewaktu dalam idah, suami ada hubungi saya untuk rujuk balik.Pada mulanya saya enggan tetapi kerana masih sayang padanya, sy bersetuju untuk bertemu dan berbincang tentang masalah ini. Kerana kami masih menyayangi satu sama lain, bekas suami nak “bersama” dgn saya.Kerana takut kami berzina,Jadi saya tanya dia, adakah dia ingin rujuk dgn saya? Dia kata ya.Jadi saya suruh dia lafazkan “Abang nak rujuk dgn Na” dan dia lafazkannya, selepas itu saya jawab”Na setuju”.Persoalannya sekarang adakah sah rujuk saya tersebut? Tiada saksi semasa lafaz tersebut. Saya takut jika tidak sah saya telah melakukan dosa besar dgn berzina.Saya harap Dr Hasanah dapat membantu saya dalam permasalahan ini.Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca masalah saya ini.
Hasanah
August 29th, 2008 at 3:26 pm
Rujuk tersebut adalah sah kerana suami telah melafazkannya dengan jelas. Rujuk tidak memerlukan saksi. Namun begitu, adalah satu keperluan untuk saudari menfailkan kes perceraian dan juga rujuk tersebut di mahkamah syariah. Wallahu a’lam.
Muslimah
November 17th, 2008 at 4:29 pm
Assalamualaikum Dr Hasanah,
Saya ingin meminta pendapat dan pandangan doktor tentang masalah yg saya hadapi kerana saya sudah tidak tahu apakah cara saya untuk menyelasaikan masalah ini.
Saya mendirikan rumahtangga pada bulan Februari 2007 atas dasar suka sama suka. Semasa tempoh pertunangan kami sering bergaduh sampai ada satu ketika tunang saya pun hairan kenapa kami sering selisih faham pasal perkara2 kecil. Kadang2 kala dia memberitahu saya yg apabila berjumpa atau bercakap dgn sy, dia akan rasa nak marah aje dgn saya.Walaupun sering bergaduh mungkin sudah jodoh,akhirnya kami berkahwin. Selepas bernikah, kami tak dapat bersama kerana sy tidak bernafsu langsung dgnnya dan menyebabkan sy mengalami kesakitan dan suami tak dpt nak meneruskan niat untuk bersama dgn saya. Pada masa yang sama, setiap kali ingin bersama, sy ternampak bayangan lelaki yg sy tak kelihatan wajahnya. Setelah 2 minggu mencuba, akhirnya suami saya mengamuk dan marah kerana tidak dapat bersama dgn sy, dan enggan memberi nafkah kepada sy. Di awal perkahwinan, kami tinggal berasingan, suami di KL dan sy tinggal bersama keluarga di Perak.Suami tidak pulang, tetapi sy yg pergi ke KL utk berjumpa dgnnya. Setiap kali mencuba utk bersama, sy akan menjerit kesakitan, dan suami tak dapat nak meneruskan niatnya sampai pernah suami memukul sy kerana tidak dapat nak melepaskan tuntutan batinnya.Perkara ini berlanjutan sehingga 4-5 bulan.Saya pergi berubat ke merata2 tempat, yang kebanyakkan mengatakan yg nafsu sy dikunci utk suami dan suami juga telah dibomohkan org. Suami semakin dingin dgn sy dan tidak mahu pulang ke rumah mertua dan menyebabkan keluarga sy marah dan mula membencinya. Akhirnya pada bulan Julai 07, kami dapat bersama tetapi suami seakan2 tidak puas dan masih bersikap dingin dgn sy. Saya semakin tertekan dan kami selalu bergaduh. Saya minta diceraikan tetapi suami enggan Terjadi satu peristiwa di mana, sy telah pergi ke rumah jiran utk majlis pertunangan tanpa izinnya. Suami marah dan sy enggan menjawap panggilannya lalu dia menelefon ayah sy dan telah terjadi pergaduhan di mana dia telah memarahi bapa sy. Sejak kejadian itu, bapa dan keluarga sy semakin membencinya. Sehingga pada suatu hari, sy membaca mesej daripada seorang perempuan pada handphone suami.Suami tidak mengaku mempunyai apa2 hubungan dgn perempuan tersebut. Sy tidak puas hati lalu menelefon perempuan tersebut.Perempuan tersebut mengaku hubungan mereka rapat, dan sy telah pergi ke rumah ibu mertua sy (pada masa itu suami ada di sana) selepas habis kerja (Waktu malam, dalam pukul 11.00 malam) minta suami ceraikan saya. Dia tidak mahu ceraikan sy dan menafikan ada hubungan istimewa dgn perempuan tersebut dan bertindak balik ke KL pada malam itu juga. Setelah itu bapa sy masuk ke rumah ibu mertua sy dan meluahkan segala perasaannya termasuk mengeluarkan kata-kata kesat yang telah melukakan hati ibu mertua sy. Malah sy akui ada kata-katanya yg tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang lelaki matang sepertinya. Keesokan harinya, bapa membawa sy berjumpa peguam untuk memfailkan cerai. Saya hanya menurut sahaja.Selepas kejadian itu, permohonan pertukaran sy diluluskan ke KL
Setelah menfailkan permohonan perceraian, suami menghubungi sy utk bertemu dan berbincang. Suami bersumpah di depan saya dengan memegang Al Quran, yg dia tidak ada apa2 hubungan dgn perempuan tersebut. Sy ragu2 untuk mempercayainya, Sy meminta suami menelefon bapa dan seterusnya meminta berjumpa dan memohon maaf.
Tetapi suami tidak jadi menghubungi bapa kerana keluarga terutama kakak2nya tidak mengizinkan kerana pada mereka bapa sy telah menghina keluarga mereka pada malam itu.Mereka juga tidak mahu suami menghubungi sy dan tak dapat nak menerima sy dan keluarga. Keluarga saya juga melarang kami bertemu dan tidak mahu menerima suami sy lagi.
Kami bertemu secara sembunyi2 kerana tentangan keluarga. Kami masih saling menyayangi satu sama lain. Saya menggugurkan permohonan cerai tersebut dan meminta suami supaya tinggal bersama walaupun keluarga kami menghalang.Suami enggan kerana bapa sy telah menghina keluarganya tambahan pula kakaknya sering memantau pergerakannya dan sering menghantar sms mengingatkan dia agar jgn teruskan hubungan dgn saya. Keluarga sy semakin mendesak untuk sy menfailkan balik permohonan cerai kerana suami masih tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya di samping perasaan benci yg semakin menebal. Sy semakin tertekan dan memberi kata dua pada suami, samada dia failkan perceraian atau sy yg akan failkan semula perceraian. Setelah berbincang, kami telah bersetuju utk bercerai,
Saya ingat setelah bercerai segala-galanya akan berakhir, tetapi sy tak dapat nak melupakan suami saya. Bahkan sy merinduinya. Suami juga mengkui masih sygkan sy dan tidak dapat melupakan sy. Suami mengajak rujuk semula, sy enggan kerana tahu yg keluarga sy dan keluarganya tidak akn dapat menerima kami lagi. Tetapi setelah berpisah, jiwa sy rasa begitu tersiksa, sy tak dpt nak melupakannya. Sy ada melakukan solat istikharah, dan sy rasakan sy mahu menerimanya kembali.Dua hari sebelum habis idah, kami telah rujuk semula tanpa restu dan pengetahuan kedua2 belah pihak. Sejak rujuk semula, dua bulan yg lalu, kami berjumpa secara sembunyi2, dan sy perhatikan yg suami sudah mula berubah. Beberapa hari menjelang hari raya aidilfitri yg lalu, suami ada menyatakan hasrat utk berjumpa keluarga sy dan meminta maaf dan berharap keluarga sy dapat menerima dia kembali.Kami berhasrat untuk membina perkahwinan kami yang telah hancur. Sy menyatakan hasrat tersebut kepada ibu sy.Pada mulanya ibu tidak setuju kerana takut dia mensia-siakan sy lagi tapi akan cuba berbincang dengan bapa. Bila ibu sebut aje nama suami, bapa sy menjadi terlalu marah sampai tak mahu lagi nama tersebut disebut dalam keluarga kami dan jika sy kembali kepada suami sy, sy akan dibuang keluarga.Saya rasa begitu kecewa.Adakah sy tidak patut memaafkan kesalahannya dan memberi peluang padanya untuk membuktikan yg dia seorg suami yg bertanggungjawab?
Pada saat ini, sy rasa betul2 tertekan.Tak tau apa yg perlu sy lakukan.Sejak kecil, sy tak pernah melawan ckp ibubapa sy dan sekarang, sy terpaksa membuat pilihan yg sy tak mampu lakukan.Saya tak nampak jalan keluar dari masalah ini.Selepas kami rujuk kembali, sy sering solat hajat dan istikharah utk dpt petunjuk dan setiap kali selepas solat perasaan sy tetap tidak mahu berpisah dgn suami.Tetapi apabila melihat kepada reality yg berada di hadapan sy, perkahwinan kami tidak mungkin direstui. Saya benar2 keliru, adakah istikharah sy itu tidak benar, maksud sy adakah dipengaruhi oleh perasaan sy atau adakah sy patut teruskan dgn perkahwinan ini? Atau adakah lebih baik kami berpisah? Tapi bagaimana dengan penerimaan keluarga sy? Sy tak sanggup kehilangan kedua2nya.Buat pengetahuan doktor, ibu mertua sy masih sygkan sy Cuma dia tidak dapat menerima tindakan bapa sy yg menghinanya.Saya harap Dr Hasanah dapat membantu sy kerana sy dah tak mampu nak tanggung masalah ini lagi.Saya berterima kasih pd Doktor Hasanah kerana sudi membaca masalah ini dan minta maaf kerana ia terlalu panjang dan mengambil masa doktor utk membacanya.
Wassalam
Hasanah
November 18th, 2008 at 1:34 pm
Waalaykumussalam Muslimah,
Terkedu saya membaca ujian demi ujian yang menguji keutuhan rumahtangga Muslimah. Benarlah, untuk membina rumahtangga sangat mudah. Tetapi untuk mempertahankannya, hanya Allah sahaja yang tahu. Apa lagi jika keluarga banyak masuk campur tangan. Kadangkala masalah yang kecil boleh melarat hingga tak dapat diubat.
Buat masa ini saya harap semua pihak dapat tenangkan fikiran dahulu. Istighfar dan solat banyak-banyak. Berdoa pada Allah s.w.t.. Pohonlah bantuan daripada-Nya kerana Dialah yang memiliki hati manusia.
Saya akan emel Muslimah untuk perbincangan seterusnya supaya kita akan lebih selesa berdiskusi.
Muslimah
November 19th, 2008 at 8:25 am
Terima kasih Dr hasanah kerana sudi meluangkan masa untuk membaca masalah sy. Saya akan menanti email dari Dr Hasanah.