…antara keperluan, kemahuan & kemampuan

Enam purnama telah berlalu. Rasa seperti tidak percaya semuanya telah berlaku ke atas saya dan 5 zuriat kesayangan. Namun, ketentuan tuhan pasti akan terlaksana sebagaimana yang telah dirancang. Biar pun begitu perit rasanya dugaan, tetapi setiap yang dirangka oleh Yang Maha Esa pasti mempunyai HIKMAH yang sangat besar, tak mampu ditelah oleh akal cetek seorang insan…
Enam purnama telah berlalu. Sudah terlalu lama hidup dalam kesedihan. Mungkin sudah sampai masanya untuk saya tidak lagi berpaling ke belakang. Kehidupan mesti diteruskan. Kalau terus ditangisi yang telah pergi, tak mungkin saya sekeluarga dapat meredah dugaan yang setiap hari datang pergi tiada kesudahan.
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita. Jika anda rasa dengan melayari blog ini sekadar membuang masa anda, please, juz leave me alone....
sh.afizan
June 27th, 2008 at 1:50 pm
salam Dr.
moga-moga Dr.sekeluarga terus tabah….
Maryam
June 28th, 2008 at 12:46 pm
Saya juga doakan Dr. terus tabah…
ummu saif
June 29th, 2008 at 8:29 am
Salam,
semoga tenang dan tabah buat pejuang2 terhebat…
Ummu Hasan
June 29th, 2008 at 6:14 pm
Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpa mereka dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Semoga Dr. tabah dalam menghadapi ujian.
Dr Hasanah
June 29th, 2008 at 11:47 pm
Terima kasih. Doa dan kata-kata perangsang daripada semua sedikit sebanyak telah membantu memulihkan semangat saya.
azan
July 3rd, 2008 at 4:24 pm
Tentu ada hadiah besar menanti atas ketabahan Hasanah hari ini…..
?? ??? ???? ?? ???? ??? ???
azan
July 3rd, 2008 at 4:26 pm
man yuridi Llahu bihi khairan yusib minhu
(tadi taip kot arab, tapi kuar tanda soal pulak…)
dhiaudin
July 7th, 2008 at 8:22 am
Ustazah,
Al-fatehah…
Kematian adalah penghujung hidup; tetapi jasa dan peninggalan akan terus menerus…
Jasa & peningalan Arwah akan terus ada dalam catitan Allah dan ingatan insan yang telah mengenalinya secara terus-menerus atau melalui laman webnya. Peringatan dan ilmu yang ditinggalkan beliau akan terus memberi pulangan dialam barzah.
Eloklah laman web Aruah dipautkan kelaman Ustazah; kerana impeknya sebagai peringatan kepada yang leka dan lalai sangatlah besar; terutama artikel-artikel akhir Arwah “Muhasabah diri sebelum maut”
Teruskan Tabah dan redza Ustazah.
Hasanah
July 7th, 2008 at 1:54 pm
Terima kasih Dhiaudin, saya pun asyik memikirkan untuk terus mengekalkan domain http://www.rosdi.net. Selain mengekalkan fikrah almarhum ustaz, anak-anak saya juga akan dapat jenama rosdi… nantilah, saya sedang usahakan. Hari tu, saya ada set blog peribadi untuk anak-anak seperti: hanan.rosdi.net, husna.rosdi.net… nampak cantik kan, nama anak [dot] nama ayah nya.. tapi ada masalah di server. Nanti, saya sedang usahakan server migration.
Artikel sebelum ajal…. http://www.rosdi.net/blog/2006/muhasabah-diri-sebelum-ajal/ sangat menyentuh hati… Semoga ustaz Rosdi Yusof sentiasa dirahmati Allah…
Faris
July 30th, 2008 at 11:30 am
Hasanah.. teruskan menulis.. menulis.. dan menulis… dedikasikanya untuk arwah. Saya menunggu..
Sungguh berat mata memandang, betapa sedihnya hati berasa, berat lagi tuan punya diri menanggung. Semoga hadiah yang paling istimewa daripada Allah menanti awak dan anak-anak atas kesabaran dan ketabahan ini. wallahu’alam
Jack
November 10th, 2008 at 4:37 pm
Kesedihan bukan bererti tidak berbahagia..dan ketawa bukan bererti bergembira.
Kerana kesedihan membuat kita melangkah menghampiri Dia dan pasti menemuiNya..dan ketawa gembira membuat kita lalai leka.
Hasanah
November 11th, 2008 at 1:51 pm
Begitu halus kata-kata Jack. Terima kasih.
Jack
November 12th, 2008 at 12:54 pm
…Saya telah mencari erti kegembiraan dan mendapatinya ia hanya memberi saya ketawa. Dan saya telah mencari erti kebahagiaan tetapi ia memberi saya air mata..dan airmata itu bukan untuk kesedihan..ia lebih kepada rasa terharu..damai..lega..dan ada nikmat didalamnya..dan sukar untuk diungkap dengan kata-kata..terasa seperti sekuntum bunga sedang mekar dilubuk hati.