Bagaimana Mengira Iddah?

Slide PowerPoint tentang Panduan mengira iddah bagi wanita yang diceraikan dan juga kematian suami

Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini. Soalan yang ditanya sangat mengejutkan. Dia ingin meminta penjelasan tentang cara mengira iddah. Saya cuba meminta kepastian kerana tidak ada sebab untuk seseorang bertanya tentang iddah melainkan jika dia berada dalam keadaan yang menyedihkan itu. Benar! Dia baru bercerai. Hakim memerintahkan dia beriddah selama 3 kali suci. Rakan ini meminta kepastian daripada Yang Arif tentang maksud 3 kali suci itu. Malang sekali, tiada penjelasan yang dapat diberikan.

Saya menyelongkar semula fail-fail dalam komputer saya. Alhamdulillah fail tentang iddah masih ada. Mengenangkan ramai di luar sana yang masih tidak jelas bagaimana hendak mengira iddah, jadi saya cuba make up sikit sebanyak slide power point tentang iddah untuk tatapan semua. Harap dapat dimanfaatkan.
[Jika slide tidak keluar,pastikan anda 'allow pop-up'. Untuk paparan yang lebih menarik, selepas keluar slide, sila klik 'Slide Show' yang terletak di sebelah kanan-bawah]

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Tempoh Iddah – Bahagian 1
  2. Tempoh Iddah – Bahagian 2
  3. Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)
  4. Bagaimana iddah bagi wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah putus haid – menopause
  5. Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)

4 thoughts on “Bagaimana Mengira Iddah?

  1. Pingback: Iddah Period Calculation « What I Have Learned…

  2. salam..saya sedang dalam edah dan akhir bulan ini adalah tarikh akhir edah saya. Beberapa hari lepas ada seseorang menyatakan bahawa dia ingin meminang saya. adakah haram bagi dia berkata begitu? Sebab saya ada terbaca yang meminang perempuan di dalam edah adalah haram. Adakah ia akan membuatkan nikah tidak sah?

    [Reply]

  3. Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya; 2 soalan: 1) Apakah hukum perkahwinan si isteri yang belum habis tempoh iddah, berkahwin? Suami telah meninggalkan isteri tanpa lafaz cerai tetapi tidak kembali sehingga kini. Dalam tempoh ditinggalkan itu, isteri telah membuat aduan ke majlis agama untuk tujuan tuntutan cerai. Bagaimana pun, belum selesai tuntutan cerai, wanita tersebut telah berkahwin dengan lelaki lain.

    Soalan 2:
    (Kesinambungan soalan 1) Hasil perkahwinan mereka, telah dikurniakan 5 orang anak dan salah seorang anak gadis mereka telah berkahwin dengan berwalikan ayah kandungnya?

    Mohon penjelasan!

    [Reply]

  4. Waalaykumussalam, beratnya soalan ni (berat bagi pihak-pihak yang terlibat!)

    Kalau benar perkahwinan pertama tu belum dibubarkan lagi, maka perkahwinan kedua adalah tidak sah. Kes seterusnya lebih baik dirujuk kepada mahkamah kerana ada beberapa syubhah.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>