Azimat Hajar

Posted on: Wednesday, May 28, 2008

Air mata tak dapat ditahan lagi.

Merintih dia kepada lelaki itu mengharapkan dia tidak ditinggalkan seorang diri. Dia bimbang yang amat sangat. Melihatkan pasir dan batu di sekelilingnya, bagaimana mungkin dia dapat hidup di tempat yang kering kontang dan begitu asing seperti itu.

“Adakah ini perintah tuhan-Mu?” Tanya Hajar.
“Ya”. Pendek dan lesu jawapan Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim berkata kepada Hajar, “bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungimu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguhnya kalau bukan perintah dan wahyu-Nya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat kucintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah.”

*****

Artikel ini telah diterbitkan dalam Majalah Aniqah Jun 2008 dalam ruangan surat pembaca. Lihat lanjutan kisah ini dalam majalah Aniqah. Terima kasih kepada Sidang Editor Majalah Aniqah yang telah menyiarkan artikel ini dan merakamkan takziah dan tahniah buat saya sekeluarga.

Di akhir artikel ini saya catatkan…

Zuriat kelima didakap kemas. Melihat raut wajah yang saling tak tumpah seperti ayahnya membuatkan semangat menjadi berkobar-kobar untuk terus mengharungi kehidupan baru. Azimat daripada kesabaran Hajar menghadapi sebegitu berat ujian membesarkan puteranya Ismail, saya berdoa saban hari agar Allah s.w.t. juga memberikan saya kesabaran dan azam yang kuat untuk mendidik dan membesarkan lima zuriat, empat puteri dan seorang putera. Semoga Allah s.w.t. memberikan hikmah dan rahmah buat kami sekeluarga terutamanya selepas kelahiran zuriat kelima iaitu Hajar….

Laman web Majalah Aniqah: www.aniqah.com.my
Anda boleh membaca Majalah Aniqah versi digital dalam laman tersebut!

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

14 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

afendi

April 6th, 2008 at 1:27 pm
Permalink this comment

1

semoga allah memberi kekuatan kpd drhasanah sebagmana allah memberikan kesabaran kpd isteri kesayangan khalil allah ibrahim…sy begitu respect ustz dlm kesibukan melayani putera n puteri2 tu tp sempat jg mmbina website niii…syabas…mg amal jariah ini menjadi sebahagian drp saham arwah di akhirat aminnnn…bye …tak smpt tulis panjang…azan dah bnyi…jumpa lgiiiiiiiii

[Reply]

Avatar

drdie

June 17th, 2008 at 12:55 pm
Permalink this comment

2

selamat hari lahir arwah ke37..mg berbhgia disana..kita jg pasti menemui..yg Esa.mg drhasanah tabah dlm menempuhi kehidupan baru..amin

[Reply]

Avatar

Dr Hasanah

June 18th, 2008 at 11:07 am
Permalink this comment

3

Terima kasih drdie. Terkejut melihat nickname ini sebab nickname suami saya juga Die. Cuma dia tak sempat dapat dr. Sedikit terkilan kerana minggu dia meninggal dunia tu sepatutnya dia mendaftar untuk buat PhD di USM. Apa daya, Allah yang merancang semuanya… pasti ada hikmahnya.

[Reply]

Avatar

zuerin sriandalas

November 28th, 2008 at 1:36 am
Permalink this comment

4

kalau saya rasakan dugaan untuk saya itu terlalu berat untuk saya tempuh..terasa lemahnya saya jika berada di tempat doc…sabar ya doc…saya tahu senyuman manis doc tu akan menceriakan hari2 yang berlalu..

[Reply]