Anyam Ketupat: Seni Kraftangan Melayu yang dilupakan

Posted on: Thursday, Sep 18, 2008

ketupat riben | nak gantung kat luar rumah heheee....

“Emak mesti buat ketupat!” Macam satu perintah sahaja bunyi permintaan Ziyad.
“Haah, mak buat lah, nak gantung kat luar tu,” Husna menyokong.
“Cepatlah mak,” rayu Ziyad. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi.

Saya memang tak de mood nak sambut raya kali ini. Tapi melihatkan riak wajah anak-anak yang tidak sabar-sabar menanti hari lebaran, saya buang perasaan sayu jauh-jauh. Saya perlu memastikan anak-anak tetap gembira menyambut Aidil Fitri kali ini walaupun suasananya nyata sekali jauh berbeza.

Saya pergi ke beberapa kedai berhampiran USM. Riben yang dicari tidak ditemui. Yang ada hanyalah riben kain. Hmm… saya masih terlalu baru dengan kehidupan di pulau ini, masih terpinga-pinga mencari kedai yang di dalamnya ada seribu macam barang… macam kedai alatan menjahit di Banting.

Hari cuti sempena Nuzul al-Quran saya ke Bertam. Di sana ada kedai yang saya tahu ada menjual riben yang dikehendaki kerana Aidil Fitri tahun lepas di kedai itu jugalah saya beli riben tersebut. Berkerut dahi bila satu riben yang lebar 1 inci dan ada empat garis emas berharga RM4. Dua RM8. Yang kecil pula RM2. Saya ambil dua. Semuanya RM12! Hanya untuk buat ketupat dari riben plastik!!! Dua riben yang besar dapat buat hanya 7 ketupat manakala yang kecil sampai sekarang tak habis buat lagi :) tapi setakat ni dah buat lebih 10 biji ketupat.

Semalam juga sempat saya singgah di sebuah kedai di Kompleks Dato’ Kailan, Kepala Batas. Tuan punya kedai, orang Kelantan, tak tahu menganyam ketupat. Dia beritahu, ketupat riben yang digantung di kedainya dibeli pada harga RM1 bagi saiz kecil.
“Boleh buat duit ni,” hati kecil saya berdetik sambil tersenyum.
“Sedangkan kelongsong ketupat dari daun kelapa pun dijual pada harga RM0.30, ini dari riben dijual pada harga lebih mahal… masih laku,” entah apa-apa fikir saya.
“Dua riben kecil berharga RM4 boleh buat lebih 10 biji ketupat, kalau dijual boleh dapat lebih RM40!!! Waaahhh!!!” Saya masih belum habis berkira-kira.

Terkenang masa di zaman kanak-kanak dulu, saya memujuk-mujuk emak (telah kembali ke rahmatullah pada 1993) supaya mengajar saya menganyam ketupat. Emak suruh saya duduk di sebelahnya.
“Jangan buat apa-apa! Tengok aje!” Perintah emak. Saya akur. Satu persatu langkah emak tunjukkan. Alhamdulillah, sekali tunjuk saya dah boleh ‘dapat tangkap’ dan itu dia… ketupat pertama saya berjaya dihasilkan. Kalau tak silap masa tu saya dalam Darjah 2.

Hari ini…
Kemahiran menganyam ketupat semakin terpinggir dari ilmu kesenian orang Melayu. “Beli je yang dah siap. Melambak jual kat pasar,” itulah ayat yang biasa didengari pabila Syawal hampir menjelang sehari dua lagi.

Dalam budaya Jepun, kemahiran membuat origami merupakan satu kebanggaan rakyat Jepun. Malah, origami dikaitkan dengan unsur mistik sebagai tanda untuk mengingati orang yang telah mati. Semakin kecil burung origami yang dapat dibuat, menggambarkan semakin tinggi kasih sayang seseorang kepada si mati. Malah, jika banyak pula burung kecil yang dibuat, menggambarkan begitu hebat ingatannya kepada si mati. Begitulah penjelasan yang diberikan oleh seorang rakan dari Jepun yang datang menziarahi saya semasa masih belajar di Jordan.

Origami dalam kalangan masyarakat antarabangsa juga mempunyai kedudukan yang istimewa. Ia
dianggap sebagai satu seni halus yang dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Saya teringat betapa banyak buku-buku di pasaran yang mengajar membuat berbagai-bagai bentuk origami.

Namun, apa sudah jadi dengan kelongsong ketupat kita? Bilangan orang yang mahir membuatnya semakin berkurangan. Pelancong asing kagum melihat orang Melayu menganyam ketupat, tetapi, kita? hmmm…. semakin selesa membeli yang dah siap di pasar-pasar… melambak-lambak…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

19 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

ustaz fazdi al-mazariy

September 21st, 2008 at 8:53 am
Permalink this comment

1

salam takziah, semoga almarhum Ustaz rosdi dalam rahmat Allah, ameen…maaf kerana tersangat lewat ucapkan takziah. Harap ucapan ini tak sedihkan ustazah. Ana sahabat lama ustaz rosdi dulu, rasanya ustazah kenal ana, skrg ana di Bandar Baru Bangi. Zaujah ana haida, enti kenal kan? Ok, teruskan menulis, berkarya seperti ustaz hasrizal. Semoga memberi manfaat kepada mu’mineen. Salam ukhuwwah.

[Reply]

Avatar

Hasanah

September 22nd, 2008 at 9:16 am
Permalink this comment

2

Salam,

Terima kasih.
Saya rasa macam ingat lagi…
[dah tua-tua ni, kerap lupa-lupa alah... :) ]

[Reply]

Avatar

aZiZi

October 20th, 2008 at 11:59 am
Permalink this comment

3

so..raya kat maner hari tu…

[Reply]

Avatar

Hasanah

October 20th, 2008 at 2:34 pm
Permalink this comment

4

Avatar

ummu masyitah

August 13th, 2009 at 11:10 am
Permalink this comment

5

assalamualaikum,saya kalau ketupat daun kelapa Alhamdulilahs aya boleh buat.Alhamdulillah boleh antu ibu di dapur,sebab yang lain semua tak reti.
tapi,bila dah kahwin dengan orang pantai timur kena wat ketupat lain lah pulakss

[Reply]