Air mata…

Itulah yang meniti di pipi mak (mak arwah suami) Sabtu lepas.
Hari ini di teritori yang sama, saya senyum sahaja. Geli hati melihat telatah anak-anak terkial-kial belajar berenang dengan instrutctor, Uncle Zainoba.

“Kena garang sikit,” pesan saya pada uncle.
Uncle Zainoba tersenyum. Dia orang lama. Masak sangat dengan kerenah kanak-kanak yang takut-takut bila kaki tidak mencecah lantai kolam renang.

Saya faham kenapa mak sedih. Ya lah, anak kesayangan dia, ayah kepada anak-anak ini dahulunya cukup hebat berenang menyusuri sungai dan lubuk. Kalau sesekali kami menginap di hotel, memang tidak sah kalau dia tidak terjun ke dalam kolam. Kalau ada family day dengan saudara-mara, tak payah lah cabar berenang dengan dia. Pasti menang sahaja. Saya pula, hihi….. tolong sengih je…

Hari ini Hanan dan Husna makin cekap berenang. Tak sangka, hari Sabtu lepas, baru belajar sekali, Hanan dah boleh berenang dan Husna juga nampak berpotensi. Cuma mulut dia je yang bising sikit. Tu yang tak cekap-cekap lagi. Air asyik masuk mulut je! Ziyad tengok sahaja dari tepi. Masih takut-takut bila kaki tak menjejak lantai kolam. Takpe. Esok-esok pasti dia akan terjun juga.

Ok, bagi sesiapa yang belum tahu (terutama rakyat USM dan warga Pulau Pinang), USM mempunyai kolam renang standard olimpik. Hebat tu! Ini sebenarnya kemudahan yang tak ramai tahu. Kalau tahu, tak ramai pula yang tahu yang ia boleh anda gunakan.

Ada tiga kolam di sini. Satu kolam sepanjang 400m kot. Airnya biru. Eh, lantai kolamnya biru. Memanggil-manggil sesiapa yang melihatnya. Ada dua lagi kolam yang agak terselindung sedikit. Kecil sedikit dari kolam yang pertama, tetapi saiz hampir sama dengan kolam di hotel-hotel. Yang ketiga pula cetek. Kalau setakat anak umur dua tahun, Insya Allah ok lagi.

Kena bayar ke? Hmm… nak yang free? Pergilah kolam renang hotel. Tak perlu bayar untuk mandi kolam. Cuma kena bayar duit hotel je, kan!

OK, yurannya antara RM1-RM3 bagi satu sesi. Maksudya, kalau belah petang, masuk pukul 5, keluar pukul 9 malam, bayarannya banyak itu lah. Orang luar yang bukan warga USM juga boleh guna (kalau tak silap) dengan yuran sekitar itu juga. Apa-apahal, sila telefon unit sukan untuk maklumat lanjut. Sepanjang minggu, Sabtu dan Ahad, malah cuti am pun dibuka.

Yang menarik, HARI WANITA ada ditentukan. Hah, warga muslimah, apa lagi? Gunalah peluang ini. Hari wanita ialah pada Hari Selasa dan Khamis dan dikhususkan dalam kolam yang kedua iaitu yang terlindung sedikit. Bagi saya ok dah tu, tapi eloklah jika pakai baju renang muslimah. Jangan pula pakai seksi-seksi. Seksaaa….. Ops, suka diingatkan, walaupun ada hari wanita, tetapi kolam olimpik masih dibuka untuk lelaki.

Dan sedihnya, hari ini, hari wanita, kolam kedua saya lihat sepi tiada sesiapa. Rugi kalau tak digunakan peluang ini. Kan nabi dah pesan, belajarlah berenang. Ya! Belajarlah berenang. Habis, yang saya dok tepi kolam sambil menaip entri untuk blog ini pasal apa? Hihi… saya sengih je…

  • Delicious
  • Hotmail
  • PrintFriendly
  • Twitter
  • Technorati Favorites
  • Yahoo Mail
  • Share/Bookmark

No related posts.