Pelaburan saham melalui Internet haram “ Majlis Fatwa

Dipetik dari:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 12 April “ Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.

Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.

‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.

Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.

Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.

Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.

Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).

Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.

Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.

Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Fatwa Berkaitan Pelaburan Emas
  2. Tazkirah Pertengahan Ramadhan: Haram Haram di bulan Ramadhan
  3. Aku mahu kaya! Peduli apa aku dengan orang lain!!!
  4. Peningkatan Jati Diri Melalui Penghayatan Fardhu Ain
  5. Aku mahu kaya!!!

2 thoughts on “Pelaburan saham melalui Internet haram “ Majlis Fatwa

  1. Seronok juga baca isu-isu mengenai halal haram pelaburan internet.Kemuncak kepada isu
    ini ialah keluarnya fatwa pelaburan internet adalah haram oleh JK Fatwa Kebangsaan. Cuma saya
    ingin menimbulkan beberapa persoalan di sini untuk direnung bersama-sama:

    1. Mungkinkah JKFatwa amat lambat bertindak. Kenapa saya katakan demikian.
    CErita skim cepat kaya ni bukan perkara baru. Cerita puluhan tahun. Bermula zaman skim
    Pak man telo hinggalah zaman pelaburan internet. konsepnya tetap sama. tetapi tidak ada
    pun sebarang hukum yang dikeluarkan oleh JK Fatwa meski pun pelaburan ini telah lama wujud.
    Mungkinkah kerana selama ini kerajaan boleh membenteras skim-skim ini dengan membuat
    serbuan ke atas premis premis yang digunakan oleh syarikat skim cepat kaya, namun di
    dalam pelaburan internet operasi syarikat ini hanya wujud secara maya dan semua transaksi
    dilakukan secara online melalui akaun bank individu? Seolah-olah wujud keadaan di mana
    bantuan JK Fatwa digunakan untuk kerajaan
    membanteras skim ini. Ertinya semasa era skim cepat cara lama dulu
    kerajaan boleh kawal, boleh serbu premis, boleh buat macam-macam.
    Tapi sekarang skim cepat kaya makin canggih dan sukar dikawal,
    seperti sukarnya kerajaan nak mengawal laman web lucah

    Kalau begitu keadaannya maka JK Fatwa akan dilihat hanya bertindak menurut arahan kerajaan
    yang mahukan skim pelaburan internet diharamkan bukanlah sangat kerana skim itu haram dari sudut
    pandangan hukum syarak. Seperti yang didakwa oleh penyokong pelaburan internet kenapa hanya
    pelaburan internet sahaja yang keluar hukum. Yang lain-lain macam mana.
    Pelaburan bank konvensional, Pelaburan ASB, ASN dan lain-lain. Masih belum ada sebarang
    fatwa oleh JK Fatwa. Situasi ini sebenarnya menjejaskan kredibeliti JK Fatwa sendiri. Ia
    akan dilihat sebagai sebuah JK yang terikat dan bertindak menurut arahan dan bukannya JK yang benar-benar
    bebas dan berwibawa. Maka hukum yang dikeluarkan sudah tentu tiada ummmph… atau pun tiada
    kekuatan. Implikasinya orang ramai pun tak berapa nak ikut.

    2. Fatwa itu sendiri ada kelemahan. Apa dia?

    2.1 Terdapat pelbagai bentuk pelaburan internet. Bukan hanya dalam bentuk yang popular
    yang menjanjikan pulangan dalam bentuk harian semata-mata. ada yang berbentuk bulanan
    dan tahunan. Perniagaan mata wang juga dikatakan cukup popular dan boleh juga dianggap
    sebagai satu bentuk pelaburan. Perkara ini tidak diambil kira langsung oleh JK Fatwa.Asal sahaja
    pelaburan melalui internet, maka semuanya dibubuh dalam satu bakul.

    2.2 Terdapat syarikat yang palsu dan ada juga syarikat yang benar-benar wujud. Katalah
    yang paling popular sekali ialah swisscash. Carian dalam internet menunjukkan terdapat
    beberapa syarikat yang menggunakan nama swisscash. Pasti ada yang palsu. namun tidak
    dapat dinafikan ada yang benar-benar wujud dan beroperasi secara sah. Namun tiada penjelasan
    apakah asal swisscash sahaja, itu adalah syarikat yang tidak wujud, penipu dll. Perlu pastikan mana satu
    yang benar-benar wujud dan mana satu yang palsu. Ada implikasinya apabila isu ini diperjelaskan
    Kalau palsu tak de hal la. Tapi kalau benar-benar wujud, maka sudah tentu boleh dikaji
    apakah jenis perniagaannya dilaksanakan samada halal atau haram. Maklumat mungkin boleh
    diperolehi daripada profail syarikat yang biasanya disertakan sekali dalam laman web
    syarikat berkenaan. Namun setakat mana kebenaran profail itu terpulanglah kepada individu
    masing-masing untuk menilai.Macam juga apabila kita kutip derma untuk anak yatim atau pun
    projek masjid. Biasanya kita terima sahaja wang tersebut tanpa bertanya daripada mana wang
    tersebut diperolehi. Atau pun makan di kedai makan cina yang menunjukkan adanya sijil halal
    makanan yang dijual dikedai itu. Kalau percaya pada sijil itu makan sahajalah.
    Kalau tak percaya, tak payah makan. Sebagai pengguna secara dasarnya kita tidak diwajibkan
    untuk siasat setakat mana kebenaran sijil yang ada itu. Tapi kalau sanggup siasat pegi la siasat.
    Contohnya: sijil itu sah ke tidak? Kuali yang digunakan untuk memasak, bercampur dengan
    masakan lain ke? Kalau kuali asing-asing, masak di mana? sebelah menyebelah ke atau jauh
    jaraknye. Bahan campuran dalam masakan macam mana? Pisau yang digunakan untuk
    memotong bahan masakan. Bercampur ke atau asing-asing? MInyak apa yang digunakan untuk memasak?
    Siapa tukang masak? Islam ke bukan Islam. Kalau bukan Islam, sebelum pegang bahan nak dimasak
    tangan dah disamak ke? Jadi kesimpulannya macam-macam boleh disiasat. Tapi mahukah kita siasat
    sedalam itu. Terpulang pada individu masing-masing.

    2.3 Penjelasan fatwa haram terlalu ringkas. Hukum pelaburan internet haram. Alasan: menyerupai
    riba dan ada unsur gharar(tidak jelas, tipu dll). Setakat itu sahaja penjelasan. Tidak ada penjelasan tentang bagaimana
    sampai kepada hukum berkenaan. Apakah ada satu kajian menyeluruh mengenai semua pelaburan
    internet. Kalau ada buat kajian, berapa lama? Sejam? Sehari? Seminggu? Sebulan?
    3 bulan? Kalau ada,dakwaan itu sukar diterima. Kerana proses
    fatwa ini hanya keluar dalam beberapa hari. Bermula dengan kenyataan akhbar seorang mufti muda
    Lantas mendorong kepada seruan dikeluarkan satu hukum pelaburan internet. Mufti-mufti pun
    bersidang beberapa jam dan kemudian terus keluar satu hukum. Apakah ada dalam JK
    Fatwa itu individu memang pakar mengenai semua bentuk pelaburan internet. Kalau ada siapa dia.
    Jarang kita mendengar ada mufti membudayakan kajian menyeluruh terlebih dahulu sebelumn keluar hukum.
    Apa yang berlaku hukum dikeluarkan hanya berasaskan pengetahuan sedia ada yang mungkin dihafal atau
    diingati. Alangkah baiknya kalau hukum pelaburan internet dikeluarkan bersama-sama dengan satu bentuk
    kajian menyeluruh yang didokumentasikan seumpama kertas kerja, laporan secara ilmiah yang
    bersandarkan kepada hujjah-hujah yang boleh diteliti bersama-sama. Biasanya
    perkara ini memakan masa berbulan-bulan dan bukannya hanya dalam tempoh beberapa jam.
    Masyarakat hari ini adalah masyarakat bermaklumat. Mereka mahu fakta dan bukti?

    a. Menyerupai riba. Betulkah menyerupai riba? Jelas di sini kaedah kias telah diguakan. Tetapi
    adakah kaedah kias digunakan secara tepat di sini.Riba yang membabitkan wang adalah
    dalam bentuk pinjaman. Iaitu pihak yang meminjam mengenakan interest keatas jumlah
    wang yang dipinjam. Jumlah interest ditentukan oleh peminjam. Interest
    akan bertambah sekiranya pinjaman lambat dibayar. Itulah yang berlaku dalam amalan riba
    sekarang. Namun dalam pelaburan internet tidak ada pihak yang memberi pinjam dan pihak
    yang meminjam. Yang berlaku ialah syarikat membuat tawaran pelaburan dengan janji keuntungan
    beberapa persen secara harian, mingguan dan bulanan. Dalam kes pinjam, pemberi wang
    (yang bagi pinjam) yang menentukan kadar interest ke atas penerima wang (peminjam).
    Peminjam (penerima wang) bertanggung jawab jelaskan interest.
    Namun dalam pelaburan internet penerima wang (syarikat) yang menetap
    kan jumlah keuntungan dan pemberi wang( pelabur) yang menerima keuntungan berasaskan janji
    yang diberikan oleh penerima wang (syarikat). Berlaku di sini penggunaan kias secara tidak
    tepat.

    b. Gharar. Makna gharar ialah elemen tipu. Sebab haram pelaburan internet
    kerana ada unsur penipuan. Namun
    alasan ini boleh dipertikaikan. Kerana tipu boleh berlaku dalam banyak hal. BUkan hanya
    dalam pelaburan internet. Kalau ada yang menipu dalam pinjaman, maka boleh bolehkah
    dikatakan amalan pinjam ini haram. Kalau ada yang menipu dalam perniagaan maka bolehkah
    perniagaan diharamkan. Sudah tentu tidak boleh. Amalan pinjam dan berniaga tetap sah. Namun orang
    yang menipu adalah melakukan perbuatan yang haram. Maka munasabahkah pelaburan internet diharamkan
    hanya kerana ada pihak-pihak yang menipu seperti mana adanya orang yang menipu dalam
    perniagaan dan pinjaman?

    [Reply]

  2. ok…itu kalau yang menggunakan pelaburan…tpi jikalau atas sebab derma pulak bagaimana yg kebnyakan dilakukan sekarang..?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>