Aku mahu kaya!!!

Posted on: Saturday, Apr 21, 2007

Lama dulu, rakyat Malaysia tidak ambil pusing tentang internet kecuali untuk melihat berita, chatting dan bermain online game secara percuma. Tetapi apabila muncul cerita bagaimana orang menjadi jutawan internet seperti Dr. Irfan Khairi, mata kita pun ikut bersinar sama. Perasaan ‘tergedik-gedik’ untuk turut menjadi jutawan tak boleh disembunyikan lagi.

glossy-warning-button.jpg
“Aku mahu kaya!”, kata Leman selepas terbaca testimoni dalam laman em- pay.
“Aku pun! Kau tengok ni, ab fund, swiss cash, arab fund, ada macam-macam lagi ni!”, Ruslan menyampuk. Suasana dalam Cyber Cafe jadi panas seketika.
“Ah, leceh lah. Nak kena ada duit untuk melabur. Aku mana ada duit”, keluh Murad.
“Aku ingat, kau buat website, buat program Sumbangan Ikhlas, minta bantuan orang ramai. Rakyat Malaysia kan suka bersedekah.” Sampuk Leman.
“Eh! Aku rasa, program MLM, uptrend dan kad bonus ni pun bagus juga. Kerja kita cuma cari ahli. Lagi ramai downline, lagi meriahlah poket!” Pandai Leman mengajar. Sebenarnya, dialah pemalas tersohor di abad ini.
Sambungnya lagi, “Tak payah jual barang, cari downline je pun boleh kaya!”

Ini ialah dialog biasa sahaja. Anda mungkin pernah mendengar dialog yang lebih ‘panas’ lagi dari ini, terutamanya jika anda dikunjungi oleh rakan yang telah pun menjadi ahli dalam program-program semacam ini. Bermacam-macam bukti akan ditunjukkan kepada anda seperti salinan fotokopi cek, buku bank dan lain-lain lagi. Tak kiralah, sama ada ia salinan sebenar ataupun telah diedit dengan begitu mudah menggunakan komputer, tapi, angka yang ditunjukkan pasti akan membuatkan kita turut teruja sama.

Ustaz-ustaz pun masuk

Tanggal, 12 April, 2007, fatwa terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan nyata sangat meresahkan banyak pihak. “Pelaburan internet HARAM kerana ada unsur riba dan gharar (keraguan)”.

Fatwa seperti ini membuatkan rakan-rakan kita tadi panas punggung. Ribuan ringgit telah ‘dilaburkan’ untuk ‘masa depan’. Ada yang masih tidak berpuas hati. Masih menggunakan alasan: “Ustaz-ustaz pun masuk!”. Ada yang lebih berani hingga menyebut beberapa nama mufti untuk cuba “menghalalkan” program mereka.

Bukanlah hendak merendah-rendahkan nama baik para ustaz, tetapi, sedarkah kita, sesiapa sahaja yang balik dari Timur Tengah, akan dipanggil ustaz walhal bidang mereka mungkin Bahasa Arab. Setiap hari mereka belajar nahu, sastera, puisi Arab Jahiliyyah dll? Layakkah tindakan mereka dijadikan sandaran hukum?

Ada juga yang belajar agama, tetapi bidang mereka ialah Pengajian Dakwah. Mereka ini MUNGKIN tidak dapat mendalami dengan baik Fiqh Muamalat, iaitu satu bidang ilmu yang mampu menentukan sesuatu perniagaan itu, sama ada halal ataupun haram. Kalaupun dia belajar dalam bidang Syariah, tetapi mungkin tidak dapat menguasai Fiqh Muamalat dengan baik.

Perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya memandang indahnya Islam lebih jauh ke hadapan. Mengkaji Islam bukan sekadar hukum wudhu’ dan haidh nifas semata-mata, malah turut juga mengkaji tentang fiqh muamalat supaya empayar ekonomi yang kita idamkan sentiasa mendapat rahmat Ilahi…. amin.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network



Avatar

HafizMZ

April 22nd, 2007 at 1:44 pm
Permalink this comment

1

Aha, money can make people blind
its a sad thing when people are crazy over the doubtful easy way instead of working hard

[Reply]

Avatar

maizura mohd ederis

April 24th, 2007 at 11:44 am
Permalink this comment

2

Setuju. Tidak ramai ustaz yang tahu tentang fiqh muamalat. Sebab itu lah ramai umat Islam yang tidak berasa apa-apa bila berurusan dengan bank konvensional (subahat dengan riba), tidak bayar zakat, tidak peduli soal wasiat & pembahagian harta pusaka dalam Islam, etc. Tapi kalau yang berkaitan soal khinzir, bukan main takut lagi. Kalau dah termakan sosej berintikan khinzir, terjelir-jelir lidah mahu menyamaknya. Padahal dosa riba dan makan khinzir sama. Malah riba lagi dasyat, riba paling kecil pun sama seperti berzina dengan ibu bapa sendiri!! Saya tak salahkan umat Islam tapi salahkan ustaz2. Malang sekali, dlm bab kewangan ni, ustaz pun tak faham sangat. Tak faham ekonomi, tak boleh terang bab zakat dan riba dengan jelas. Tentang Swiss Cash misalnya, seorang kawan agak sinis tentang hukumnya yang dikatakan haram oleh seorang ustaz. Melabur pun tak boleh, tak maju lah kita, begitu lah lebih kurang maksudnya. Dia siap bagi contoh Taliban yang terpaksa jual bunga popi sebagai sumber ekonomi. Saya tidak marahkan kawan itu tapi marahkan ustaz2 yg gagal beri penerangan kenapa urusniaga kewangan yang berasaskan sistem kapitalis barat itu haram untuk umat Islam. Sistem ekonomi kapitalis zalim tapi macamana yang dikatakatan zalim itu, tidak ramai ustaz yang tahu terangkan. Kena ada orang-orang dari bank dan institusi kewangan juga untuk terangkan. Bagaimana seorang lelaki (George Soros ) boleh jatuhkan matawang negara lain sehingga ramai orang Islam di Indonesia tidak boleh ke Mekah kerana Rupiah menyusut dengan teruk? Pelaburan konvensional dan permainan matawang itu menguntungkan seorang lelaki tetapi menzaliman berjuta orang pada waktu itu. Ini sekadar satu contoh. Saya mengenali seseorang yang berpendidikan barat sekular dan bekerja di bank. Pendidikan agama secara rasmi tidak ada padanya. Tapi jiwanya jiwa Islam. Ada mufti dan tokoh2 agama yang berkredibiliti di Malaysia merujuk kepadanya dlm soal2 urusniaga kewangan dlm sistem kapitalis yg mereka sendiri tak pernah tahu dan tak pernah faham. Dlm soal ekonomi dan kewangan, kena orang dari bidang ini sendiri yang terangkan. Syaratnya org ini mesti berjiwa Islam dan tahu prinsip Islam.

[Reply]

Avatar

razifembi

September 25th, 2008 at 12:28 am
Permalink this comment

3

Uztaz2, bijak pandai agama,cikgu2, lecturer atau dengan nama lain….orang melayu lah yang paling senang didapati suka dengan duit mudah ni…

rujuk Web UZAR.

[Reply]