…mencari al-hasanah di dunia dan akhirat
Tapi jangan lupa dengan janji tuhan….
Antaranya….
Dajjal Akan Muncul Saat Kita Lupa
Dalam Al-Quran Surat Muhammad ayat 8, maksudnya:
“Maka tidaklah yang mereka menunggu-unggu kerana hari kiamat datang dengan tiba-tiba. Kerana sesungguhnya telah datang syarat-syaratnya.”Sedangkan syarat atau tanda-tanda (kecil) kiamat di antaranya tercantum dalam Hadits Riwayat Muslim dari Umar bin Khaththab Radhiallaahu anhu, yang diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Ibnu Abbas. Yang pertamanya “Apabila budak perempuan melahirkan tuannya……”.
Apakah fenomena di atas sudah terjadi saat ini? Sekarang ini, anak yang kurang ajar dan suka memerintah orangtua bukan hanya berlaku di Barat. Di Malaysia yang majoritinya Muslim pun terjadi. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kisah si tenggang bukanlah perkara asing lagi hari ini.
Kita perlu berhati-hati dengan perkara ini. Ingat! setiap insan yang ada di muka bumi ialah anak. Tidak mungkin kita menjadi anak tanpa ibu dan bapa. Maka, fikirkan sejenak. Apakah agaknya perkara terakhir yang telah kita lakukan kepada ibu bapa kita hari ini, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun-tahun yang lepas?
Menung, menung sejenak…..
Related posts:
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita.
Erma
November 18th, 2006 at 4:38 pm
Setuju!!!
Everything is money, but, money is not everything!
[Reply]
fis
June 13th, 2007 at 9:59 am
mmg sgala2y duit..
tp biar hasilnya dari USAHA kita sndri,
bkn dgn cara mharap duit jatuh dr langit…….
[Reply]