Islam dan Cabaran Semasa

Posted on: Monday, Nov 27, 2006

Hari Jumaat, 24 November 2006 bertempat di Universiti Sains Malaysia…

Selepas solat Jumaat, para jemaah Masjid USM, warga USM dan juga orang awam bergegas ke Dewan Kuliah A di USM untuk menatap wajah yang kini lebih top berbanding Siti Nurhaliza.

Petang itu, Sekretariat Falsafah dan Sains Islam (SEFSI) menganjurkan Wacanah Ilmiah dengan menjemput Sohimus Samahah Dato’ Seri Haji Harussani bin Hj. Zakaria untuk memberikan ceramah tentang Cabaran Semasa untuk Umat Islam.

Majlis yang bermula tepat jam 3 petang itu dihadiri (anggaran) lebih seribu umat Islam dan bukan Islam. Masing-masing berharap dapat mendengar dari mulut Dato’ Seri sendiri tentang isu murtad yang melibatkan Azhar Mansor baru-baru ini.

Dato’ Seri seperti biasa ialah seorang pemimpin agama yang sangat ‘kool’. Walaupun beliau bercakap dengan amat berhati-hati, namun setiap butir bicaranya sangat menarik perhatian pendengar. Kerana itu, tidak hairanlah audien yang bersesak-sesak sanggup berdiri berjam-jam untuk mendengar peringatan, nasihat dan amaran yang keluar dari mulut Dato’ Seri.

Apakah yang dibicarakannya?

Nantikan post seterusnya!

 

*********************************

 

Hari itu, dalam sejarah, saya pulang ke rumah jam 10 malam kerana Pulau Pinang dilanda jem yang sangat teruk. Kalau tidak silap, ada trailer terbalik hingga menyebabkan kenderaan langsung tidak dapat lalu. Bandar Georgetown dan perkhidmatan feri juga mengalami kesesakan yang dahsyat kerana pengguna jambatan cuba lari ke terminal feri pula. Mungkinkah masalah ni akan selesai dengan pelebaran jambatan dan juga pembinaan jambatan baru? Kalaulah ada komuter, lrt atau seumpamanya di sini…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

20 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

rahmat

November 28th, 2006 at 8:25 pm
Permalink this comment

1

sabor…..

[Reply]

Avatar

incomejutawan

August 8th, 2008 at 7:55 pm
Permalink this comment

2

ape yang Dato’ Seri cakap??
Nak tau jugakkk…

>> xde chance laa nak dengarr <<

[Reply]