Definisi Kahwin Misyar

Posted on: Wednesday, Aug 30, 2006

Assalamualaikum,

Saudara, sebagaimana yang pernah dijanjikan, saya akan menulis sedikit mengenai misyar dalam bulan Ogos. Maaf kerana saudara terpaksa menunggu sehingga hujung bulan kerana sepanjang bulan ini saya sangat sibuk.

Artikel asal bertajuk: Zawaj al-Misyar: Hukmuhu al-Shar’i, ditulis oleh Muhammad To’mah al-Qudhah, diterbitkan dalam www.ArabLawInfo.com

Definisi Kahwin Misyar:

Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai pemergian.

Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan daripada bahasa dialek atau loghat (bahasa ammiyah) atau boleh juga disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar, Majallah al-Mujtama’ al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31, Majallah al-Syariah, bil. 392, bertarikh: 8/8/1998.

Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah:

Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. (lihat: al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)

Ia juga disebut sebagai pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.)

Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.(Akhbar al-Dustur, 10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar, Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

Menurut Ibn Mani’, ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak pembahagian giliran bermalam). Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atau waktu. (ibid.)

Sebagai kesimpulan:

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.

Cukup dahulu, jumpa lagi di lain hari.

.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

19 Users Online

Most online 511 at 26 July, 2014 @ 2:01 am



Avatar

hidayah

July 5th, 2007 at 10:48 pm
Permalink this comment

1

syabas! teruskan penyampain informasi berguna kepada org ramai

[Reply]

Avatar

ain

December 3rd, 2008 at 12:19 pm
Permalink this comment

2

artikel nie sket sebyk m’bntu sy wat assingmnt..

[Reply]

Avatar

nisauljihad

March 1st, 2009 at 8:22 pm
Permalink this comment

3

salam..
artikel ni bagus untuk student2 especialy yg nk wat assingment n nk tmbhkn ilmu…

[Reply]

Avatar

T-B

June 17th, 2009 at 8:35 am
Permalink this comment

4

Asalamualaikum Dr. adakah perkahwinan misyar ini dibolehkan di malaysia, mahzab apakah yg mengamalkan perkahwinan jenis ini. Kalau dibolehkan di malaysia mohon dr memberi prosedur dan tatacara utk kita ikuti kerana saya dan pasangan saya tidak mahu lagi berterusan dalam keadaan zina. Wassalam

[Reply]

Avatar

usulifaqih

June 21st, 2009 at 12:42 am
Permalink this comment

5

TB… perkahwinan misyar tidak dibenarkan di Malaysia kerana ia tidak menepati ciri-ciri perkahwinan sebenar. Misyar ialah perkahwinan di mana satu pihak atau dua-dua pihak bersetuju menggugurkan tuntutan-tuntutan tertentu seperti nafkah. Sedangkan nafkah dan lain-lain itulah yang mengikat pasangan supaya lebih bertanggungjawab apabila berkahwin. Jika tiada tanggungajwab, maka pasangan akan cincai dalam mengharungi bahtera perkahwinan.

Perkahwinan bukan seks semata-mata. Disyariatkan perkahwinan untuk mengelakkan manusia berzina. Bila berkahwin, dihalalkan jimak yang mana asalnya adalah haram tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Perkahwinan menuntut pasangan lebih bertanggungjawab dan menunaikan hak-hak yang sepatutnya.

TB… anda ada kesedaran untuk berhenti daripada dosa zina… itu satu tindakan betul dan bertaubatlah atas dosa-dosa lalu… masih ada kesempatan untuk bertaubat selagi nyawa tidak dicabut malaikat maut. Kenapa anda ingin memilih perkahwinan misyar yang samar-samar? Kan lebih elok jika berkahwin mengikut hukum syarak dan prosedur undang-undang Malaysia. Ia lebih selamat di kemudian hari.

Ramai orang memilih jalan singkat untuk menyelesaikan masalah mereka dengan memilih cara perkahwinan (seperti kahwin lari atau misyar) yang kononnya menyelesaikan masalah. Tapi sebenarnya ia bermasalah pada awal lagi bak kata “pepatah” dulu, kini dan selamanya bermasalah.

Mungkin anda tidak mahu orang lain (terutama pihak keluarga) tahu yang anda berkahwin dengan pasangan anda atas sebab-sebab yang hanya anda tahu. Tapi percayalah perkahwinan misyar bukan penyelesaiannya kerana ia bakal menimbulkan masalah lain kemudian hari terutama jika berlaku masalah rumahtangga antara anda dan pasangan. Biarlah berkahwin mengikut undang-undang yang betul.

[Reply]

Avatar

hamba Allah

August 22nd, 2009 at 5:00 pm
Permalink this comment

6

salam dr..saya terjumpa blog dr. semasa sy mencari informasi mengenai perkahwinan misyar..untk maklman dr. sy dan kekasih saya bniat untuk berkahwin misyar…ttp dr. menyatakn bahawa d malaysia xdbenarkan berkahwin misyar..apa yg hrus sy lakukan?

sebenarnya sy dan kekasih sedang belajar d universiti temptan…d universiti sy xdbnarkan berkahwin bg pengjian peringkt diploma..kondisi saya dan kekasih saya dalam belenggu..kawan saya menyatakan bahawa kapel adalah haram…..kami sering keluar dan belajar bersama2…untuk makluman dr. kami pernah cuba untuk berbincang dgn keluarga kami mengenai berkahwin awal…ttp keluarga kami ingin kami belajar sehingga peringkt tertinggi dan barulah berfikir untuk berkahwin…kami bukan tak nak belajar…cuma kami memerlukan hbungan yg sah ketika kami bersama..si dia memasang niat untuk kahwin misyar..sy pula memberikan pendapat untuk berkahwin di ‘thailand’.bg saya nafkah zahir boleh difikirkan selpas kami bekerja atau tamat belajar..kami cuma ingin berkahwin dan meneruskan pelajaran bersama2 seperti seorang pelajar biasa…dan sekaligus mengelakkan perkara2 mungkar..saya hrap dr. boleh memberikan pendapat dr. supaya kami tidak tersilap langkah.jika perkahwinan adalah bukan jalan yang terbaik saya harap dr. boleh memberikan pendapat dr. mngenai kapel…betulkah kapel adalah hram??..adakah perlu saya memutuskan hbungan??sgala jawapan dr. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

[Reply]

Avatar

zull

October 9th, 2009 at 9:50 pm
Permalink this comment

7

saya baru terjumpa web ini.

boleh tahu siapa dr. ini?
maksudnya latarbelakangnya

cuma ingin tahu
t.kasihh

[Reply]

Avatar

Hasanah

October 10th, 2009 at 7:38 am
Permalink this comment

8

Avatar

StoneTemplePilot

April 26th, 2010 at 11:53 pm
Permalink this comment

9

Artikel menarik and topik yang “tough” bagi seorang penulis yg berkebolehan untuk meluruskan and menyedapkan lagu (kandungan artikel ini) yang sebenarnya nyaring and sumbang. Kalau katanya boleh takanlah semestinya perlu dilaksanakan! Contohnya berbini lebih dari satu…inikan pula kawin koboi yang di pakejkan seperti ianya sesuatu yang sah and dinamekan Misyar and halal. Macam isu subprime mortgage di amarika tulah…kerna CDO and macam macam bende tu di jual oleh bank yang beratusan tahun, tak semestinye baik dan rasmi

[Reply]

Avatar

shazlee shah azeman

December 10th, 2011 at 12:50 am
Permalink this comment

10

Avatar

muslim generation

March 27th, 2012 at 3:23 pm
Permalink this comment

11

assalamualaikum dr,adakah perkahwinan misyar ini sama dengan nikah khitbah?sy keliru.. tolong jelaskan..
wassalam…

[Reply]

Avatar

jaket kulit

April 14th, 2012 at 10:03 pm
Permalink this comment

12

jaket kulit…

[...]Definisi Kahwin Misyar – DrHasanah.com[...]…

Avatar

Abdullah

April 14th, 2012 at 10:40 pm
Permalink this comment

13

Kalau misyar itu di kategorikan tempat menurut pendapat di atas maka di Indonesia banyak terjadi misyar maka menurut saya pengertian misya seperti di atas kurang tepat.

[Reply]

Avatar

mark ese

March 11th, 2014 at 1:09 am
Permalink this comment

14

salam..nikah misyar ni hukum nya bley k x?lpas tu kitab2 arab yang ad menyebut secara detail pasal nikah ni kitab ap eh?minta tunjuk ajar.. :)

[Reply]

Avatar

nurul soleha

April 9th, 2014 at 11:55 pm
Permalink this comment

15

salam ustazah..saya mahu bertanya..saya ingin membuat tesis tentang perkawinan syighar..ada tak buku berkaitan perkawinan syighar tue?

[Reply]