sepi sendiri

Persoalan kali ini akan menjengkelkan golongan ‘pembela wanita’ yang beriya-iya mahu ‘membebaskan’ golongan wanita dari cengkaman ‘kezaliman’.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Islam itu zalim, Islam tidak indah, Islam mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk ‘menghiburkan hati’ yang sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong, window shopping dll… Read the rest of this entry »

Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)

21 May 2009

SetBersalin.com

Selepas bebeapa kali diajukan soalan tentang iddah wanita yang sedang mengandung, barulah saya sedar bahawa semasa membahaskan topik iddah, saya terlupa untuk mencatatkan tentang iddah wanita mengandung.

Tempohari (errr… lama dulu sebenarnya!) ada saya catatkan bahawa bagi perempuan yang kematian suami ketika sedang mengandung, maka iddahnya tamat apabila dia bersalin, tidak kira sama ada tempoh mengandungnya panjang ataupun pendek, atau sama ada kandungannya cukup bulan atau pun tidak.

Dalam hal ini sebenarnya ada perbincangan panjang antara fuqaha sama ada hendak dikira sehingga wanita ini bersalin ataupun melihat kepada tempoh yang paling panjang (ab’ad al-ajalayn) kerana ada pertindihan dua faktor pengiraan iddah, iaitu kematian dan kehamilan. Perbahasan lanjut hal ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh munakahat. Read the rest of this entry »

Abdomenal Pain Traumatic Syndrome

14 May 2009

Tangan power rangers

Hah? Apa tu?

Jangan terkejut. Itu satu istilah yang saya cipta sendiri. Baru sahaja dicipta. Spontan je! Entah betul, entah tidak. Suka-suka hati je. Jangan tanya medical doctor ye, buat malu saya… :( . Sebenarnya saya cuba nak jelaskan bahawa itulah negative impact yang muncul secara non-verbal bila ada orang yang disayang meninggal dunia kerana penyakit berkaitan abdomen.

Dulu sebelum ustaz Rosdi meninggal dunia, ‘kadang-kadang’ dia mengadu sakit perut. Ada kalanya sampai ke klinik. Dapatlah ubat entah apa-apa. Ubat angin, ubat tahan sakit… Vitamin pun pernah diberi! Dapatlah juga mc sehari dua.

Tak siapa sangka rupanya ada sel kanser yang sedang bermaharajalela. Lama lepas tu barulah tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi, masa tu dah terlambat.

Gastro Intestinal Stromal Tumor atau ringkasnya GIST! Sejenis kanser yang jarang-jarang berlaku. Saya explore internet. Malignant cancer! Banyak kes yang berakhir dengan potong organ dalaman (usus dll) atau lebih tragis, kematian. Read the rest of this entry »

Sabatralog - Siri 1

8 May 2009

Welcome to Sabah

Perjalanan ke Sabah bermula sebelum orang lain mula bergerak ke destinasi itu. Saya memulakannya dengan solat istikharah dua hari sebelum hari ekspedisi. Keputusan untuk bersama-sama kira-kira 70 orang penghuni dan kakitangan Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun mengunjungi negeri di bawah bayu itu bukanlah satu keputusan yang mudah bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya musafir tinggalkan anak-anak sejak Ustaz Rosdi meninggal dunia. Selama ini, ke mana sahaja saya pergi pasti anak-anak dikelek bersama. Kalau tidak, siapa yang nak uruskan mereka?
Read the rest of this entry »

Musim mengambang

30 Apr 2009

Tak menjadi langsung!

Fuh! Macam-macam jadi. Ada juga yang menjadi-jadi. Tak kurang pula yang tak menjadi! Alhamdulillah, takde pula yang ‘apa pun tak jadi’. Sekurang-kurangnya jadilah juga walau pun tak berapa menjadi.

3-4 hari ni… Alhamdulillah projek khidmat masyarakat saya menjadi walaupun belum betul-betul jadi. Lihat http://www.skbg.edu.my yang terhasil selepas saya dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir dan juga PIBG untuk membangunkan laman web sekolah. Inilah laman web sekolah yang pertama yang pernah saya buat. Terasa seronok bila dapat berkhidmat untuk sekolah di mana anak saya belajar walaupun saya bukan AJK PIBG. (Saya hadir mesyuarat PIBG hari tu, tapi buat senyap je… takut orang lantik jadi AJK! hihiii….). Read the rest of this entry »

Naza-PGU

“Bodoh!” Rungut saya kepada diri sendiri.
“Takkan selesai macam tu je?” Kata-kata seorang rakan makin menggelisahkan saya.

Isy, memang saya bodoh. Tak pandai nak bertengkar bila orang langgar kereta saya. Lagi pula bila tengok yang langgar tu orang perempuan. Berumur. Mungkin sekitar 40-50 tahun. Bertudung elok. Dalam kereta dia ada beberapa lagi orang perempuan yang juga bertudung litup. Mungkin saya perlu belajar untuk jadi chengey lagi selepas ini. Perempuan… perempuan juga, tapi kalau dah langgar kereta orang, kenalah tuntut ganti rugi! Read the rest of this entry »

Birthday gift

10 Mar 2009

Alhamdulillah, saya makin tua. Tua ialah ni’mat yang jarang disyukuri. Bagaimana agaknya jika semua manusia tak tua-tua…. Hmmm… bertambah teruk lah ekonomi dunia yang sememangnya tengah merudum ni. Populasi dunia akan menjangkau saiz mukabumi. Lingkup lama dah la syarikat pengeluar anti-penuaan seperti, err… saya malas nak sebut. (Tak pasal-pasal syarikat tu dapat publisiti percuma dari saya). Bayangkan pula jika saya hanya sempat muda dan tak sempat tua pula? Hmm… kesian pula kat anak-anak… Syukur pada-Mu ya Allah kerana menghadiahkan kepada hamba-Mu ini anugerah tua.

Hari ini saya dirundung migraine sekali lagi. Alhamdulillah petang dah ok. Entah kenapa tergerak hati nak semak ranking dalam google, satu aktiviti yang dah lama saya tak buat.

Wow! Terkejut sungguh saya.

hasanah-on-top-of-google-10march2009
Thank you uncle Google! My website had been ranked on top of Google using a very competitive keyword: hasanah. Click on the screenshot please! Read the rest of this entry »

Untuk kita-kita: Istihadhah

7 Mar 2009

hitam-putih
Lanjutan tentang soal-jawab tentang haidh tempohari, hari ini saya akan sentuh pula tentang istihadhah (dieja juga dengan: istihadah)

ISTIHADHAH/ ISTIHADAH

S: APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIHADHAH

J: Istihadhah ialah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim pada selain waktu haid dan nifas. Oleh itu, darah yang keluar melebihi masa terpanjang haid atau nifas, atau kurang daripada masa terpendek haid atau nifas dinamakan istihadhah. Begitu juga darah yang keluar dari kanak-kanak perempuan yang belum mencapai umur sembilan tahun.

S: BOLEH JELASKAN DENGAN CARA YANG LEBIH MUDAH? Read the rest of this entry »

Sambungan tentang hukum fiqh berkaitan tentang haid/ haidh. Kali ini saya akan sentuh mengenai perkara yang dilarang oleh perempuan yang sedang haid.

Ini merupakan topik ketiga tentang haid dan selepas ini saya akan sentuh topik istihadhah pula.

S: APAKAH YANG DITEGAH KE ATAS SESEORANG WANITA YANG KEDATANGAN HAID?

J: Wanita yang didatangi haid berhak untuk melalui kehidupan hariannya seperti biasa. Walau bagaimanapun, dari segi syarak, dia dilarang daripada melakukan beberapa perkara yang kebanyakannya berbentuk ibadat, iaitu: Read the rest of this entry »

Ziyad bin Rosdi anak bersemangat kental

2 Mar 2009

Hari ini saya MC. Migrain semalam berlarutan hingga hari ini ditambah dengan demam dan selsema. Sesekali sakit rupanya cara Allah memberi notis amaran buat saya yang jarang-jarang mensyukuri ni’mat sihat.

Tengahari, seorang rakan menghubungi saya dan sibuk mahu mengucapkan “Selamat Hari Jadi Ziyad”. Baru saya teringat, hari ni hari jadi Ziyad! Dah 6 tahun rupanya dia. Teringat dulu semasa melahirkan Ziyad pada 2/3/2003 (awal 4 hari daripada tarikh jangkaan bersalin), suasana riuh rendah di Hospital Selayang sebaik sahaja Ziyad dilahirkan. Jeritan staffed nurse yang menyambutnya memanggil-manggil doktor membuatkan saya kehairanan.

“Mungkin dia lemas agaknya,” bisik hati saya pabila melihat wajahnya agak kehitaman.

Bayi gastrochiasis semasa dalam perut [gambar wikipedia]

Serta merta Ziyad di bawa ke bilik lain. Dia dimasukkan ke dalam inkubator. Saya masih tertanya-tanya apa yang berlaku. Rusydi pula dipanggil ke bilik di mana Ziyad dibawa.

Selepas saki baki uri telah dibersihkan daripada rahim saya barulah staffed nurse yang menyambut memberitahu bahawa Ziyad ada masalah sikit.

“Anak awak sakit.”
Ususnya keluar.” Read the rest of this entry »

OK, sambungan topik dua hari lepas. Kali ini saya akan sentuh tentang haid dan hubungan suami-isteri.

Amaran: Entri ini tidak sesuai dibaca oleh orang yang belum kahwin atau telah berkahwin (seperti saya). Hanya orang yang sedang berkahwin sahaja boleh baca!!!


+++++++++++++++++++++++++
ISTERI HAID?
+++++++++++++++++++++++++

S: ISTERI SAYA HAID, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN KE ATAS ISTERI SAYA?

J: Soalan ini sangat menarik. Read the rest of this entry »

takde kena mengena
Resah, resah juga, tapi, biarlah dalam minda separa sedar sekalipun, saya tetap akan terus menulis walaupun pada skala tidak stabil.

OK, berikut ialah soal jawab tentang hukum haid. Tak pasal-pasal je saya tulis pasal haid. Puncanya, ceramah saya lusa akan menyentuh hal sulit a.k.a rahsia wanita.

Disclaimer: Soal jawab ini sesuai untuk orang awam sahaja. Jika anda ada Ijazah Pengajian Islam, tak perlulah kutuk jawapan yang saya berikan kerana saya telah mengambil kira aspek semasa dan setempat apabila memberikan jawapan. (Kadang-kadang malas juga berdepan dengan orang yang ta’sub mazhab ataupun tolak mazhab dan cuma nak pakai quran & sunnah semata-mata. Simpati dengan orang seperti ini kerana mereka berasa diri lebih hebat daripada perawi hadith seperti Imam Malik dan Imam Syafii :( yang telah menggunakan fiqh & usul fiqh dalam memahami hadith) Read the rest of this entry »

Blog Dr Hasanah

Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita.


Siapa Dr Hasanah

HaSaNaH AbD KhAfIdz | bLogGer | jUz HuMan | uSm LeCturEr | iBu TuNgGal | EnGkAu jUgA bApA | pErIndU | PeNcAri KeBaiKaN | AkU kAn HaSaNah... MaHu LeBiH tAhU? EmEl SaYa di HASANAH[kat]YMAIL[dooot]COM , aNdA aKaN diBerIkaN paSSwoRd uNtuk pAge bIoDaTa

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | "Dok buat apa tu?"

Link Luar






View blog authority

Eh! Jangan tengok je! Bagilah ikan ni makan!